Followers

Eh..Eh..Thank You singgah, Nak stalk silakan, Follow sekali okay :)

Tuesday, August 22, 2017

Scammer: Cabutan bertuah RM3000

Assalamualaikum guys, harini topik dia adalah scammer. Scammer ni basically kes cubaan menipu ke atas individu lain untuk dapatkan wang atau barang berharga yang sewaktu dengannya. Cerita dia aku baru je terkena tadi. Aku sekarang ni tengah tunggu panggilan interview, so memang biasalah kalau nombor tak kenal tu aku main angkat je. Mana tahu ada company panggil interview ke apa kan. So, dua hari lepas, ada Private Number call aku, private number tau, so aku memang tak tahu berapa nombor dia. Aku pun angkat, suara orang tu macam bangla-Indon sikit, aku tak berapa boleh paham apa yang dia cakap. aku mati-mati ingat company nak panggil interview, tapi peliknya apesal suara tak macam orang Malaysia, macam bangla kau tahu. Sumpah aku tak faham apa dia cakap. aku pun layan je lah. Tiba-tiba dia kata aku menang cabutan bertuah Maxis RM3000, aku terus pelik. Ye lah, number aku memang start 017 tapi actually aku dah convert number tu ke Celcom lama dah, 4 tahun lepas aku convert. Aku terus ragu di situ tapi aku still layan game dia, dia kata lagi aku kena cari ATM terdekatlah, lepastu kat situ dia akan ajar cara nak keluarkan duit tu. makin lama aku sembang dengan dia makin aku tak faham, cakap cam bangla, berpusing-pusing bahas Melayu kau. Langsung aku attack dengan pertanyaan seperti di bawah:

Aku: You ni sebenarnya daripada mana?
Scammer: Saya dari Maxis Hotlink
Aku: Nama you apa?
Scammer: nama sayaaa (aku tak ingat nama apa dia tibia, tapi nama Melayu lah)
Aku: I tak fahamlah you cakap tadi, you orang Malaysia ke?
Scammer: Ya kak, saya orang malaysia.
Ingat aku baru setahun dua duduk Malaysia, aku warganegara okay. Terus aku cakap kat dia call aku next time, sebab aku tengah busy ni out station la apa bagai (padahal kerja pun tak) HOHOHOOOO then aku letak telefon. Lepas je letak call, aku pun gigih google pasal benda ni. YEAHH! Aku tahu dah ni scammer, apa bodoh suruh pergi ATM bagai, sekarang ni company papehal hantar cek ke takpun panggil datang office claim duit. Ni tak, kena pegi ATM lepastu sibuk nak ajar tekan apa tekan apa. Kalau korang nak tahu, berdasarkan informasi yang aku dapat dari Google, scammer ni menggunakan modus operandi yang sama, iaitu:

1.       Call and cakap diorang dari Maxis, Celcom (Ikut pelan yang korang pakai)
2.       Bodohkan korang yang korang dapat cabutan bertuah nilai riban riban
3.       Suruh pergi ATM machine secepat mungkin supaya diorang boleh ajar cara nak keluarkan duit tu.
4.     Lepasni aku tak sure apa jadi, kemungkinan besar pukau. Sebab diorang tak mintak no akaun, diorang Cuma mintak korang pergi ATM je and buat langkah 3 kat atas.

Benda ni tak terhenti di sini, agaknya mat Bangla-Indon tu bagitahu geng dia yang aku faham apa dia cakap. dia call aku lagi sekali, first dia call aku tak angkat. Kali ke-3 dia call aku angkat jugaklah sebab nak tengok permainan dia macam mana (Rajin kan aku, biasalah penganggur) kau tahu apa jadi, dah Mat Melayu pulak call aku. Sekarang ni Melayu pun jatuhkan Melayu, what a shame! Dia pun explain balik la dari awal and dia jugak kata yang dia call dari Maxis Centre Ampang, aku pun iyekan jeee sampai dia habis explain. Masa tu pukul 3 lebih, dia tanya aku pakai kad ATM apa, aku cakap la Ambank (sebab dalam Ambank takde duit) eh tiba-tiba lagi dia kata dia dah call Ambank KL untuk aku buat pengeluaran RM3000. Dia tanya berapa minit nak ke ATM and aku cakap setengah jam, bawah ni dialog dia:

Scammer: So, boleh tak cik bergerak ke ATM sekarang dan buat pengeluaran sebelum pukul 4.
Aku: Bapak saya pakai kereta la, kereta ada sebijik je kat rumah.
Scammer: Oh, tak boleh ke mintak tolong jiran tumpangkan cik ke ATM.
Aku: Saya duduk kawasan kampong la, jiran jauh.
Scammer: Jadi pukul berapa cik boleh pergi ATM?
Aku: Malam karang la, dalam pukul 9.
Scammer: Confirm eh cik pukul 9? Kalau macamtu malam nanti saya call lagi sekali.
END

Tapi malam tu dia tak call, eloklah tu aku pun nak tengok sukan SEA ni Malaysia VS Myanmar. But then, tadi dalam pukul 9 dia call aku balik. Damn! Aku pun angkat, takpelah aku pun tengah free tak buat apa. dia lagi sekali mintak aku pergi ATM sekarang jugak, nak dialog seperti di bawa:
Scammer: Boleh tak cik pergi ke ATM berdekatan sekarang?
Aku: Boleh, saya pun tengah kat luar sekarang ni. Sekejap nak parking. Tunggu sekejap eh. (Dalam pada tunggu sekejap tu, aku bisik kat mak aku, kalau Nampak aku macam lain macam kena pukau ke apa cepat-cepat pegang aku kuat-kuat. Mak aku dah risau dah sebenarnya. Tapi, aku suruh mak aku chill)

Scammer: Okay sekarang dah kat ATM cik ye? Saya nak bagi cik cara tebus RM3000 tu.
Aku pun okay kan je lah, dia suruh aku masukkan ATM card, masukkan nombor pin. Lepastu dia suruh tekan Menu, aku cakaplah aku dah tekan. Tiba-tiba dia tanya apa yang tulis kat Menu tu? Adoiii kantoi, mana aku tahu. Aku pun pusing balik cerita, aku cakap:

Aku: Alamak, Menu? Saya suruh pergi ATM ke? Saya log in kat AmBank Online je ni.
Scammer: Cik, kan saya dah pergi ATM, ATMMM. (Eh, marah aku pulak, aku terus load speaker bagi mak aku dengar sekali)
Aku: Lah ye ke, saya ingatkan kat Ambank Online pun boleh. Tak boleh eh?
Scammer: Cik kena pergi ATM untuk lakukan penebusan.
Aku: Tapi, sama je. Saya tengok dalam online banking ni takde pun masuk duit.
Scammer: Ye cik, sekarang ni saya nak ajar cik lakukan penebusan. Boleh tak cik pergi ke ATM sekarang?
Aku: tak boleh lah, tak lalu. Tadi jem, so tak boleh nak masuk simpang ke bank (pusing alam wei!)
Scammer: Cik nak ke tak nak duit ni cik sebenarnya? Malam ni last cik untuk buat penebusan)
Aku: macam ni lah, bagi saya call Maxis Centre dulu untuk buat pengesahan pasal benda ni.
Scammer: Cik, Maxis tak tahu pasal benda ni, sebab cabutan bertuah ni dari office saya (Dah, lain pulak, haritu dok kata kerja dengan Maxis, ni lain pulak.)
Aku: sekarang ni awak yang cakap awak kerja dengan Maxis Centre kat Ampang. Supposedly, mestilah Maxis tahu. Macam mana pulak awak bekerja dengan Maxis tiba-tiba Maxis tak tahu pasal benda ni.
Scammer: Sekarang ni cik nak ke tak nak duit ni? (Nada dah lain macam dah)
Aku: Macam ni, saya tak hingin pun duit tu, awak ambiklah saya sedekah.
Korang nak tahu apa dia cakap lepastu? Ni dia cakap:
Scammer: Lain kali cakaplah betul-betul. BODOHHHHH!
Aku: Amboii, marahnyaa.

Marah betul scammer tu, tak pasal-pasal aku kena makin pulak. Saja je sebenarnya nak habiskan kredit dia. Dekat 10 minit jugak sembang tadi. So, berhati-hati okay dengan diorang ni. Kita penat-penat cari duit, dia senang-senang nak scam. By the way, aku ni penganggur, so duit aku tak banyak mana. Buang masa je scam aku. Itu sahaja dari saya, thanks for reading and byeeeeee



 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

Tuesday, August 15, 2017

Praktikal di Matrix Concepts Seremban

Welcome back dearself! Fuhhh lama betul tak update blog. 2, 3 tahun ada? Motif aku tulis blog ni sebab aku nak share momen praktikal yang aku harung lebih kurang 5 bulan memandangkan aku tengah menganggur skarang. Kejap je dah habis 4 tahun degree, Alhamdulillah! I’m so bless. Let’s start.

First, cari tempat praktikal memang boleh migraine kepala. Kau bayangkan 3 minggu nak habis study, aku still tak jumpa tempat praktikal. Aku kalau boleh nak company besar, so then aku senang nak dapat kerja sebab background company tempat praktikal yang dah tip top. Setiap kali bangun tidur mesti aku macam resah semacam sebab tempat intern tak dapat lagi. So, aku decided untuk bangun dan terus buka laptop. Takdenya nak main-main henfon bagai. Serius sikit! Cari punya cari aku jumpa satu developer company Matrix Concepts Holdings Berhad kat Seremban. Wow! Besar company ni. Aku pun terus cari email HR, bingo! Jumpa pun. Aku pun email. Lepastu aku siap-siap mandi semua sebab ada kelas pukul 2 petang.

Dalam pukul 5 camtu, ada nombor tak dikenali call aku. So, aku tak fikir apa aku angkatlah. Sekali dia Tanya nama semua and bagitahu dia call dari Matrix Concept. Aku rasa nak sujud syukur kot masa tu. Elok-elok dekat kafe nak beli makanan, terus kenyang. Dia offer intern kat Matrix at Sales Admin Department. Aku pun tanpa fikir panjang, aku accept! Settle! Sebab company ni besar, so dia minta masuk awal. Awal dia tu seminggu lepas aku final terus lapor diri. Supposedly, intern 4 bulan je, so aku advanced sebulan. Why not! 1 month advanced of experience.

First day aku intern, nasib baik aku tak pakai baju kurung, kena pulun belajar kaw kaw kot hari first tu. Turun naik hantar dokumen, ambik dokumen, bawak dokumen pegi hantar sign kat director, filing bagai. Cari dokumen untuk manager lagi. Load of tasks! Admin punya job scope memang gila and kalau kau dapat epartment bahagian, make sure kau boleh buat 2, 3 kerja dalam 1 masa. Macam tu la aku, tak sempat cari dokumen yang manager nak, dah orang lain panggil suruh buat itu ini. Aku rasa macam kena guna-guna pun ada kat sana. But it’s okay, kalau korang boleh pernah intern, aku bagitahu siap. Ni la kerja budak-budak praktikal, tolong semua orang dalam department kau. Matrix memang 80% Chinese, 19% Malay and 1% Indian, nasib baik dalam department aku tu ada 3 orang Malay, so boleh coop la dengan diorang. Kalau yang Chinese aku lambat sikit nak rapat dengan diorang sebab diorang macam sombong, kerek sikit. That’s okay! Kau buat je kerja kau Ika, don’t bother the others.

Admin Crew (Masa ni dah rapat dahh)

Nah, close up sikit

Actually, aku jenis suka challenge diri aku sendiri and aku suka suasana sibuk, and kalau boleh aku tak nak tengok jam pun. Pejam celik dah pukul 6. How nice kan kalau cenggitu! Dari kau duduk saja tak buat apa-apa. Banyak benda aku belajar kat Matrix, selain pengalaman memori pun kena datang seiring. Apa guna kalau kau bangun tiap pagi nak pegi kerja, tapi kau tak happy. So, aku akan try buat baik dengan semua orang dalam company tu supaya aku boleh coop dengan surrounding company tu, tak nak la kalau lalu sebelah tu buat bodoh. Kalau boleh bila terselisih tu, tegur and gurau. Itu yang aku nak. It’s happen after 2 months I did my training there. Dalam tempoh 2 bulan tu aku dah close dengan semua orang dalam department tu. Sebulan sebelum aku habis intern, dengar cerita ada sorang staff nak quit. So sad, sebab dia banyak jugak bagi aku kerja, aku suka buat kerja dia sebab dia suruh key in house reservation and house registration. Kadang-kadang sampai 50 customers aku kena key in, gila happy aku buat kerja tu sebab dia makan masa yang lama. So, bila tengok jam, kejap je masa dah berlalu.

hello!The closest one, ada lagi sorang tapi takde gambar

Dia ni antara staff yang aku suka kacau kat sana, HAHAHAA

Bahagian Admin ni memang menyeluruh experience yang aku dapat. Aku ni dari zero tak tahu apa-apa pasal proses pembelian rumah, sekarang ni knowledge aku dah separuh penuh dah. Hebat betul impak dia. Tapi kena rajin tanyala, kalau ada officer suruh aku buat apa-apa, aku akan tanya kenapa kena buat benda ni, benda ni untuk apa. Banyakla soalan aku, HAHAHAAAA. Yelah, nak tulis dalam report kot, kena la tanya. Honestly, aku punya manager super garang, aku memang tak nak duduk diam kalau boleh takut dia marah sebab tak buat apa-apa kerja. Bila aku takde kerja, aku akan pegi meja akak sorang ni and mintak kerja kat dia. Kadang-kadang staff kat situ sampai takde kerja sebab aku ambik kerja diorang. HUHUHUHUHUUU aku filing kurang sikit sebab aku malas buat filing. Tahu apa paling aku suka? Aku suka attend customers yang nak ambik Sales and Purhase Agreement (S&P) or refund cheque sebab aku suka cakap, aku suka explain. Diorang tak mintak explaination pun aku tetap nak explain. Bagi diorang faham siap-siap. Kalau bernasib baik dapat customer yang HELOK aku lagi suka lama-lama attend dia. HAHAHAHAAA, biasalah darah muda.

Club House Sendayan, tak sempat nak swimming :(

Lepas 5 bulan menghampiri, aku ada juga tanya kalau –kalau ada vacancy untuk bahagian Admin, sadly no vacancy L semua staff kat situ Nampak aku punya potential, kerja aku macam mana. Kat situlah aku tahu kekuatan and kelemahan aku. Apa yang aku tahu, strength aku adalah aku ni fast learner, apa yang diorang ajar cepat je masuk dalam kepala. Aku pun takde masalah nak buat banyak kerja dalam satu masa. Kesibukan kat Matrix jugalah yang buat aku untuk buat kerja cepat dan cekap. Tapi, tu lah tak ada  rezeki, takpelah mungkin ada tempat lain yang lagi baik untuk kau.

Last but not least, payung sikit. aku suka selfie sebelum masuk kerja, muka fresh la katakan

OMAK KAU TERKOJUT! HAHAHAHAA. THANKS GUYS BACA

So, kalau ada sesiapa yang dapat intern di Matrix soon I wanna wish best of luck! Do your best. Kerja company cina ni lain sikit, Chinese punya first impression adalah mind set diorang untuk kau sampai kau habis intern. Unless, kau baik dengan diorang and willing to learn. Don’t say NO when they ask you to do something because internship is the platform where you can learn more and gain more. Siapa yang sedang mencari tempat intern, aku syorkan apply company besar and kalau boleh apply private company. Exposure private dengan government company sangat jauh berbeza. Mostly government tak bagi kau buat banyak kerja, tapi private kau akan dapat pendedahan yang lagi luas. Tu je dari akak senior, bye!






 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

Monday, November 23, 2015

Jalan-jalan Jitra

Assalamualaikum,

Walaupun esok mid-term, aku gigih jugak nak update blog. Kali ni wajib update babe sebab dapat jumpa kakok-kakok senior kami. Since diorang baru habis praktikal, kami ingat nak jumpa and sembang puas-puas. Kami mulakan dengan makan (of course! Cari makan dulu sebelum buat benda lain.)

 Kami baru selesai melantak, boleh la, first time kot makan benda ni. Rasa macam tak kenyang, balik cari nasik gak. Muka masing-masing maintain happy.

Kami tengok orang lain makan sampai bermangkuk-mangkuk, kami ambik 10 mangkuk je cukup lah. 

Sebelah Boat Noodle, terletaknya Fridate. Butik kesukaan ramai, barang kat situ buat aku terpesona. Tak ada benda lain yang lebih mempesona melainkan NYX SMLC RM26. Palehotak murah! Kami pun apa lagi, grab satu sorang. Tercapai gak hajat aku nak Cannes. Hard to find guys.

Tak puas berjalan punya pasal, kitorang rayau semua Butik Vendor kat Jitra ni. Apa yang laing buat aku kagum adalah, ada satu lot rumah kedai ni, berderet Butik Vendor. Orang kedah, tak payah gelabah sangatlah nak pergi Aman Sentral, kat butik vendor tu kau boleh dapat kualiti lagi baik and murah dari Aman Sentral (Yelah, Aman Sentral penuh dengan kedai baju branded, memanglah mahal). But, seriously baju, skirt, tudung kat butik vendor tu cantik kau!

Sementara tunggu yang lain shopping, aku berkasih kejap dengan kakok-kakok

Shopping done! dah jom balik. Sat, selfie satu. LULZ

Jangan cakap akak tak payung.



 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

Friday, October 9, 2015

Tips Perniagaan Online

Assalamualaikum.

Well, harini aku nak share pasal tips perniagaan online based on my experience. Sekarang ni, mostly orang nak bisnes, and bisnes paling simple and tak banyak pakai duit is online business. Yelah, jimat kot. Kau tak payah nak bayar sewa kedai, duit elektrik bagai. Tak payah nak duduk tertonggok kat dalam kedai tunggu customer masuk. Kalau ada customer masuk pun belum tentu nak beli. Dapat pulak customer macam aku ni, yang suka jalan-jalan dalam kedai cuci mata. Hohohooo..

Okay, aku faham kalau korang cakap business online ni susah nak dapat customer. Memang agak susah, tapi tak adalah susah sangat. Macam-macam medium dah orang guna sekarang untuk online business. Tapi, medium paling baik is Instagram. Sumpah! It was more efficient rather than Facebook.

Let's start with FACEBOOK. Korang boleh pilih sama ada nak promote apa yang korang jual guna FB korang sendiri. Tapi, bagi aku lebih baik korang buka satu page untuk iklankan produk korang tu. Yelah, tak ke semak kawan korang kat Facebook asyik tengok produk korang je yang diupdate hari-hari. Okey, settle buka page Facebook, gain likers. Macam mana? Letak video or gambar yang menarik dekat page, lepastu suruhlah kawan-kawan or satu kampung share video or gambar tersebut. Ada faham? Good job guys! Bila ramai yang share, page korang akan automatik merebak di wall kawan kepada kawan-kawan korang tadi. Then, follow la page iklan di mana korang boleh iklankan produk yang korang jual tu. Tapi, pleaselah make sure page iklan tu aktif. Contohnya, page 'Iklan Laju-Laju'. Page ni memang aktif dan terbaik. Cepat je dapat customer. Siapa yang banyak duit tu, bolehlah buat iklan dengan Facebook. Bayaran dia boleh cek sendiri, sebab aku pun dah tak ingat.

After that, Instagram. Medium paling efficient seperti yang aku katakan di atas tadi. Actually, aku pun ada buat bisnes online. Boleh follow bagi sesiapa yang minat Band T-shirt ( Ig: Thankyoutee). Instagram ni paling senanglah sebab mostly orang scroll Intagram macam baca surat khabar and baca komik kau tahu. Setiap minit cek gambar kat Instagram. Macam mana bisnes melalui Instagram?
Okey. Kau boleh buat giveaway Tag and Win (Eg: Customer kau kena repost, tag 5 kawan dan kau akan pilih pemenang di kalangan diorang secara random.) Bila dia tag kawan-kawan dia, Instagram kau akan tersebar meluas dan kau boleh dapat followers dengan mudah dan berbisnes dengan rancak. Kedua, meniaga online ni tak boleh kedekut. Cuba try bagi produk korang kat artis or Insta Femes (Individu yang ada ramai followers dan ramai likers.). Nanti lepas kau pos produk kau dekat Insta femes, dia akan tag barang yang kau bagi tu dekat Insta dia dan kau boleh gain more followers. Aku pernah bagi produk aku kat sorang Insta Femes ni and followers aku mencanak naik 500+! That was WOW! Lepastu, Ig Review dengan artis or Insta Femes. Kau email dia dan tanya berapa bayaran untuk Ig Review, mostly diorang charge RM100 ke atas. Tapi, aku tak ada duitlah nak bayar banyak tu. So, aku prefer bagi Gift dari buat Ig Review.

Lagi satu adalah dengan menggunakan simbol Hashtag(#). Tapi, make sure account Istagram korang tak private bila letak Hashtag. Lagi senang orang nak cari barang. Contoh macam kau jual Baju Kurung, kau boleh guna #BajuKurungMurah. Semudahkan ABC kan? Bagi yang kedekut tu, tak apa. Ada satu lagi alternatif iaitu....Spam 'Visit my Ig'. Hahahaha, dulu aku buat juga. Padan muka aku kena Block. Hohohooo. Tak baiklah buat macam tu sebenarnya. Tapi, kalau nak buat juga apa salahnya. Cuma janganlah spam banyak-banyak. Hahaha. That's all for today.Thanks for reading guys. Apa-apa nak tanya, comment below eh.


 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

Friday, January 30, 2015

Ada bakat Menulis?

Assalamualaikum kawan-kawan,

Hari ni aku nak sembang pasal satu blog ni. Apa nama blog tu? Nama blog tu adalah
CERPEN PUBLISHER. Apa yg best sangat pasal blog ni? Blog ni akan jadi best gila kalau korang adalah pembaca novel tegar.

 Yes! seriously!
Go surf blog ni. Korang jugak boleh serlahkan bakat korang dengan hantar karya korang kat CERPEN PUBLISHER nih. Nanti diorang akan publish karya korang dekat blog tu andsemua orang boleh baca. Dalam diam, korang dah ada peminat. Bayangkan, kalau korang kena puji and diorang mintak lagi karya dari engkau. Best tak best!

Apa lagi, pergi cepat baca blog tu. Blog tu baru je ditubuhkan. So, jom kita reramai support.


 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

Thursday, November 20, 2014

Tips Budak UUM Macam Aku.

Assalamualaikum,


 Dewan MAS

Tasik Guthri

Yeah, aku berada di semester 3 jurusan Sains Ekonomi (Dak-dak COB, keh..keh..) .Bertuahnya lah aku sebab dapat UUM ni, even jauh (aku dari Negeri Sembilan), aku happy je duduk sini. Ramai yang tak sependapat dengan aku rasanya sebab orang lain fikir UUM tak best sebab dalam hutan. Eh, c'mon la, best apa. Ada monyet, lutong dan sebagainya. Ala-ala Zoo yang binatang lepas la.


Saya dan cik Rusa. 

Belanja sikit : Saya di Fakulti.

Apa yang Best sangat UUM ni?

  1. Korang dapat rasa hidup dalam kampus.(UUM besar sampai korang tak kan habis explore sampai hujung sem.)
  2. Tak payah susah-susah cari rumah sewa (UUM sediakan kolej penginapan.)
  3. UUM ada Mall ! (U lain hado? tak ado, dalam Mall ada macam-macam, from head to toe.)
  4. UUM punya pesta konvo paling havoc setakat ni ( Berpesta la seminggu. Tak ada transport? tak apa, UUM supply bas setiap setengah jam. Berpesta la korang. )
  5. Korang tak payah pergi Zoo. ( UUM ni memang Zoo. nak apa ? cakap. Ostrich ? Kuda farid Kamil (Prince) ? , Monyet ? Rusa ? Ada. Jangan risau.)
  6. Entertainment dan Dakwah ( Ni untuk yang stress buat assignment kat bilik. UUM banyak sangat buat program. Korang tak kan menyesal.)
  7. UUM ada bas rapid. Lebih efisien (Pembaharuan kat UUM, dulu kami pakai bas lama yang bila driver bawak laju macam haram, semua student terjatuh-jatuh.)
  8. Makan sedap dan murah. (Semua harga makanan kat UUM dah dikawal oleh pihak berwajib yang nama dia aku tak ingat. Apa yang sedap? Tomyam Petronas, Nasi campur MISC, nasi lemak EON, ABC Pusat Islam, Shawarma Mall.)
  9. Facilities yang lengkap dengan yuran yang berpatutan. (Tempat study banyak sangat, bas awesome, satu bilik 2 orang je, WiFi terlajak laju.)
  10. Pusat sukan terlebih lengkap. (Siapa kata dalam hutan tak boleh kekal sado. Pusat sukan ada macam-macam. Court untuk Tennis, basketball, bola tampar, badminton, sqush, Gym for boy and girls, swimming pool, kayak, go-kart, futsal, football
Baru masuk ? Sini nak bagi tips.

Naik Bas.
  1. Laluan A ( Tradewind, TNB, Proton, MAS)
  2. Laluan B (MISC, TM, Sime Darby, Eon, PETRONAS)
  3. Laluan C (Muamalat dan YAB)
  4. Laluan D (Bank Rakyat dan SME Bank.)
Naik Bas yang betul na, jangan salah naik pulak. Kalau pakcik tu baik hati dia hantar la kau balik kolej penginapan. Kalau jenis pakcik Kerek sikit, kau turun la kat situ, naik lah bas apa-apa.

Cafe lain selain dekat kolej penginapan ? 

Ada ! sini nak lanje.
  1. Red Cafe (depan library, kaler merah dia lah tu. Jangan pakai cecantik sambil pegang iPhone. Nanti dia charge mahal. Seriously.)
  2. Lego (Dekat COB, banyak kedai. Pilihlah nak mana.)
  3. Cafe Library (Betul-betul depan library. jarang makan sana sebab tak banyak pilihan.)
  4. Bistro Cafe ( belakang mall, dekat dengan susur gajah. Ada western Food, open untill 2.00 am tak silap.)
  5. Carrack Cafe (Dekat dengan Bistro, bawah tangga. Ada meatball.)
  6. Cafe Mall. (makanan goreng-goreng)
  7. Cengkih (Dekat COLGIS)
  8. RoundBoard ( luar sikit dari UUM, ada kereta boleh la.)
  9. Chiang Mai (Luar UUM, belakang steamboat, sedap pasti nak lagi.)
  10. Coolblog (dekat Mall.)
P/S : Bas ke Changlun ada dari hari Ahad-Khamis sahaja start pukul 4.30 pm -10.00 pm.

Dah cukup ke belum apa yang aku taip ni? kalau nak tahu banyak lagi, drop komen. Kalau ada jawapan aku jawab lah. See Ya !



 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

Saya lah peminat The Vamps tu

Assalamualaikum,



Aku ni sangat suka dan obses pada muzik sampaikan nak pergi mana-mana kena pasang lagu. Tak kisahlah dalam kereta ke, dalam train ke, nak balik naik bas ke. Semua kena ada muzik, kalau tak ada, hidup aku seolah sunyi sepi dan hambar. Kiranya, muzik ni terapi lah.

Nak dijadikan cerita, masa aku tak buat apa kat rumah. Aku pun bukaklah channel 705, Hitz. Semua English Song dah tengok video clip. Tiba-tiba next song dia Wild Heart by The Vamps. Ha! Kat situlah, aku start kenal The Vamps. Google punya Google, The vamps consists of 4 young boy yang aku rasa umur diorang area 19 - 23 (Kot, tak sure). Brad (Vocalist), Connor Ball (guitarist), James (Bass) dan last sekali Tristan Evans (Drummer). Starting diorang cuma cover lagu orang je and masukkan dalam Youtube. Bila ramai view, ada lah fans kan. And diorang start buat lagu sendiri sampailah famous macam sekarang and debut First Album iaitu MEET THE VAMPS.

Tak kenal ? Meh sini Hakak lanje sikit.



 Masa aku tengah duduk dalam bas on the way nak balik kolej penginapan. Berkemundang pulak lagu Somebody To You. Okey, lagu dia dah start famous kat radio Malaysia. Happy la aku masa tu, yang minat muzik mesti faham. macam, the feeling when your favourite song being played on radio.

Bila aku tak ada kerja, WiFi pulak laju kemain. Youtube la! bila dah minat sangat dengan The vamps ni, aku akan cari semua lagu dia and dengar. mana yang sedap and kena dengan aku, download and dengar sampai 44 hari. Siapa macam ni jugak? Sep sikit!

Sini aku nak belanja top song The Vamps yang kena dengan aku.

  1. Somebody To You 
  2. Move My Way
  3. Golden
  4. Wild Heart
  5. Last Night
  6. Can We Dance
  7. On The Floor
  8. Oh Cecilia
Semua lagu ni bermelodikan kerancakan. Sapa yang sekepala dengan aku, dengar and download. Tu je untuk sesi kali ni. Nice day korang :)





 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png