Followers

Eh..Eh..Thank You singgah, Nak stalk silakan, Follow sekali okay :)

Thursday, September 4, 2014

Cara Mengatasi senggugut Paling Berkesan


Assalamualaikum...

Siapa sini yang menghadapi masalah senggugut? Kita sama. Sep sikit! Okey, Aku kalau senggugut ada masa tu teruk sampai tak tahan. So, dengan kecanggihan teknologi yang ada, aku pon Google, Google dan terus Google. Jumpa, memang banyak kalau tengok dekat blog. Tapi, bila aku try satu-satu solution. Satu je yang paling efektif kat perut aku. apa dia....


  • TUAM AIR PANAS DEKAT BAHAGIAN PERUT AND ARI-ARI
  1. Botol kosong yang tidak cair bila kita letak air panas. Kalau aku guna botol F&N tu je..
  2. didihkan air panas. Tapi, jangan pandai2 letak air panas satu botol pulak. Tak memasal perut melacur satgi. Agak-agak la masa bubuh air panas tu, lepastu masukkan sikit air sejuk.
  3. And then, tuam lah dekat perut. golek-golekkan dekat perut sampai elok. 
  4. In case, senggugut tak elok jugak sampai sejuk air tuaman tadi. Jangan malas! Pergi balik didihkan air and bagi dia panas balik. Tuam balik sampai sihat.
Selalunya kalau aku tuam, dalam 15 - 20 minit dah sihat walafiat dah. dah boleh berlari. ccehhh..

Ada satu lagi solution, rajin-rajin la bersukan. main bola jaring ke, jogging ke, apa-apa je lahhh..ni untuk yang rajinlahh.. sebab daripada pengalaman aku, kalau aktif bersukan tak ada masalah senggugut.

Kesahnya, dulu masa dekat matrik aku rajin bersukan, main tenis. Setiap hari aku turun beriadah. Seriously, memang tak ada langsung senggugut. Tapi, sejak masuk Uni. aku dah stop bersukan sebab tak ada geng. So, datang balik la senggugut tu. Pity me.

Okey, itu je lah yang aku dapat tolong sesama kita. Good Luck



 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

No comments:

Post a Comment