Followers

Eh..Eh..Thank You singgah, Nak stalk silakan, Follow sekali okay :)

Wednesday, September 3, 2014

perkahwinan abu sambil vacation !

Assalamualaikum...

Hari ni terasa rajin nak berceritaa panjang sebab aku tersangatlah boring tahap ngak bisa tahan. Okehhh...aku nak cerita pasal #throwback pada tarikh 8/8/2014 - 10/8/2014. Yes, tarikh yg paling awesome, fantastic OMG !!

Alkisahnya, salah seorang dari kawan sekelas matrikulasi aku nak kawin. Alhamdulillah, jodoh kau dah sampai. Cerita pasa
Matrik ni. aku dulu budak KMS budak account kelas A1T7(Siapa yg baca entry ni sama kelas dengan aku. Sep sikit!) Weeee...so, walaupun dah setahu  meninggalkan matrik. Persahabatan kami masih utuh beb. Setiap sem break mesti jumpa. Untuk sem break kali ni, member kami kawin pula kebetulan pulak(pengantin lelaki). Bincang punya bincang, kata sepakat diambil. Kami berangkat ke terengganu seramai 9 orang(semua classmates).

8/8/2014
Kami berangkat, booking hotel bagai. Dapatlah hotel yg dekat dengan rumah pengantin.15 minit je dr hotel ke rumah pengantin. Selalunya, KL ke terengganu 5-6 jam je. Disebabkan kami budak lagi still 20's so it's take about 9 hours..wahahhaaa..punggung aku dah pijar seyhhh. Sabar je lahhh...akhirnya sampai...malam tu, after maghrib. Kitorang siap2 untuk makan. Seafood of course !! This is terengganu!




9/9/2014
Tiba lah masa untuk ke majlis persandingan si Abu ni. Lepas makan2, tangkap2 gambar, posing2 sikit dengan pengantin.

Selamat Pengantin Baru Abu and Efa!

 Ambik gambar ala-ala havoc sikit. tak payah formal sangat laaa...




 besok nak balik dah, bila nak pegi pantai kan? Kitorang decide nak pergi hari ni jugak. Time tu dah nak pukul 3 dah, Pulau Kapas jelah yang laing dekat kalau nak banding dengan pulau lain. We're want hoping island so bad. Tapi, kat sana tak ada hoping island. Tapi ada ....snorkelling !!!! Yehaaa..gumbiraa ana..sebab ana tak pernah snorkelling.hehehee.bestnyaa Pulau Kapas, aku boleh pijak kot coral kat bawah laut tu. Sebab excited sangat, aku terpijak 10 duri landak laut. Sakit dia jangan cakap laaa,,,sakit weyyy..malam tu macam biasala, makan then lepak2 kejap. Lepastu pengantin turun lepak sekali and belanja karaokee...nyanyi  tak hingatt la kitorang.


Aku baru tahu yang aku ni mabuk laut tapi belum tahap muntah lahh..pakcik bawak bot ni memang laju betul dia bawak. dah pening dah kepala aku. adalah 15 minit nak sampai ke Pulau Kapas.

 Euwww,,gamat! entah mana jumpa. aku nak jugak selfie dengan gamat. lembik and melekit!

 Wefie kami di tepi Pulau Kapas, masa ni kitorang dah puas snorkelling kat tengah laut. then, brader bot tu drop kitorang kat tepi pantai sebab brader tu nak pegi ambik orang lain pulak.


First time! aku ternampak bola tampar yang agak sedih keadaannya. tapi, angin still ada. and kami bermain dengan happy dan gumbiraa..weee!

Ni antara typical posing semua orang kot. ade 20 gambar, tapi yang ni paling havoc antara semua gambar.

Okey, nak balik dah! kitorang tak naik bot pening masa balik. sebab kitorang request 3 jam lebih daripada 2 jam sepatutnya, bot pening dah tak beroperasi. havoc seyhh bot yg nie. terlambung-lambung.Siap mandi air masin lagi tu...


10/9/2014
Sedihhh,,nak balik dah. Pukul 12.00pm kami pon check out. keropok lelekor dan sata benda wajib kena beli before balik. Sebelun meninggalkan negeri Terengganu kami singgah la kejap di Masjid Kristal dan balik...


Begitulah ceritanyaaa...sekian terima kasih. nak vacation lagiiii...

No comments:

Post a Comment