photo home-2.jpg  photo kryabelog-2.jpg  photo tips-2.jpg

Followers

Eh..Eh..Thank You singgah, Nak stalk silakan, Follow sekali okay :)

Saturday, September 20, 2014

Birthday Celebration for ILI


Assalamualaikum


Untuk pengetahuan awal, aku dah 3 semester kat UUM. Adatlah kalau 'Siapa birthday lepas ni? Siap lah kau!'(Sambil gelak konghajo). Next birtday adalah kawan aku sorang ni. Tapi, cuti semester pulak masa tu. So, jangan pikir kitorang tak kan buat Belated Birthday Prank. Prank ada di mana-mana. So, plan berjalan dengan rancangan yang kelam kabut melalui group whatsapp yang diberi nama 'BIRTHDAY PRANK ILI'. Segala rancangan akan diutarakan dalam whatsapp group tersebut(Nampak tak betapa dasyatnya teknologi menguasai manusia sekarang ni?)

Birthday girl

Walaubagaimanapun, sangat sedih sebab aku tak berapa nak faham dengan plan yang diplan sebab data internet aku dah mati and kredit aku dah expired nak call. Kenapa aku begitu beriya-iya? Kerana aku adalah minah yang kena bawak budak yang diprank ke sana dan sini lepastu ke sana balik untuk bagi 4 orang lagi dalang untuk bersiap-sedia. Balik je kelas pukul 4 tu, memang tulah masa yang ditunggu. 

Aku boleh pulak terlupa yang prank pukul 4, aku ajak lah ILI ni pegi minum kejap dekat cafe. On the way tu, aku check henpon, ada misscall dari salah seorang dalang. Baru lah aku teringat. Aku terpaksa batalkan rancangan untuk minum. Tup...tup. Si dalang ni call balik kata dalang lagi satu yang beli bahan prank tak balik lagi. Dia orang boleh suruh aku merayau lagi bawak mangsa. Aku pon ajak lah si mangsa ni pergi minum balik. Punya lah marah ILI ni sebab cakap macam "Innadey"

Habis minum, Aku naik bilik. Masa tu prank dijalankan. Kitorang up-to-date okay. prank tak pakai telur, kunyit bagai. Tapi, Ice bucket Prank. Baik punya. Tak nak main kotor laa. Lepastu, sama-sama bersihkan air yang bertakung dekat lantai sebab pandai-pandai prank orang dekat luar bilik. Tak memasal. 

Lepas mandi bagai, kami berangkat ke steamboat area Bukit Kayu Hitam. Macam-macam ado!

 This one is Cikin, Pengambil bahan mentah steambot terbanyak. Lepas tu tak habis. Bila tanya siapa yang ambik banyak sangat. Tak mengaku. Hahaha,,ni lah orang nya.

 Yang ni Keknis. Tukang masak berkaliber. dia masak aku makan. Acah-acah mak bagi anak makan.Wahahaa(Gelak Over)

 Hidangan yang disediakan. Daging, Ayam, Ikan, sotong, sosej and macam-macam lagi

Sesi memasak jadi boring bila dah lapar sangat.

Selepas kenyang makan. Shopping coklat pulak kat The Zone(Kawasan Bebas Cukai)




Happy Birthday ILI !
 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

No comments:

Post a Comment