photo home-2.jpg  photo kryabelog-2.jpg  photo tips-2.jpg

Followers

Eh..Eh..Thank You singgah, Nak stalk silakan, Follow sekali okay :)

Monday, January 6, 2014

Tips Untuk Final Exam




As salam...
Disebabkan sekarang ni FINAL MODE dah ACTIVATE! So, aku nak kongsi sikit tips untuk korang. Dengan humble, aku mengaku aku baru je Sem 1 in Bachelor of Science Economics at UUM. Tapi, tak salahkan nak kongsi tips yang berguna untuk aku and untuk korang.


  • Jangan study last minutes please! study at least sebelum sebelum. So, tak adalah terkejar2 nak study, terutamanya Killer Paper untuk course korang.
  • jangan tidur lambat! Kang kalau tido pukul 4.30 pagi sebab study punya pasal. Dapat pulak paper pagi2 buta, jauh pulak tu. Sudahhh! Subuh ke mana, Exam ke mana. Ceq tak tau..
  • Buat nota kecil. Sape yang kreatif dan rajin bolehlah guna pen kaler2. So, korang tak adelah malas nak membaca. Tetiba jadi rajin sebab note colourfull sangat! hahahaaa.
  • Tips Penting! letak air kosong sebelah kanan anda semasa tengah study. Sebab, due to my lecturer masa kat matrik, Air masak mempunyai aura dia tersendiri. Tambah lagi, masa menghafal nota. Hafal kuat2 lepastu air tu akan serap apa yang korang baca. Then, bila minum boleh ingat apa yang korang baca tadi. Insyallah.
  • Stop tengok movie. Aku faham, semua budak2 ni sama je. Makin dekat final, makin seronok pulak nak donlod movie. Kononnya nak tgk masa kat rumah. Boring! Korang akan rasa tak sabar2 nak tengok movie yang korong donlod tu. So, donlod kat rumah boleh kan? Padahal!
  • Jangan stress sangat ! Guna masa korang untuk rehatkan otak. bagi otak sedut dulu. Baru sumbat balik. Bila nak rest? Petanglah! Takkan petang nak study kot? C'monla...Petang2 pegi lah joging, main konda kondi ke. Tak kesah janji riadah. Jangan tido pulak. nanti makin 'bengap' hahaha
Oryteee..that's all yang dapat aku tulis..semoga bermafaat untuk anda semua. Nite!






















 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

No comments:

Post a Comment