photo home-2.jpg  photo kryabelog-2.jpg  photo tips-2.jpg

Followers

Eh..Eh..Thank You singgah, Nak stalk silakan, Follow sekali okay :)

Saturday, January 11, 2014

Penutup Tirai Semester 1

Assalamualaikum..



Akhirnya aku bakal mengakhiri semester 1, rasa kejap je ada dalam UUM ni. banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang berada di UUM. Kawan baru, suasana baru and course yang baru. Aku ingat lagi masa first daftar dewan penginapan dulu. Mak aku punyalah risau sebab aku tak ada roomate. Padahal, aku tak adalah kisah sangat pasal roomate ni. Bila roomate masuk selang seminggu lepastu, barulah aku tahu best rupanya ada roomate ni. Boleh borak2, gelak2...hahahaaa. Kalau tak, masa belum ada roomate pukul 10 aku dah tido dah. Tak pikir apa dah.

Ha! This is my roomate. Aku ingat lagi masa first day dia jadi roomate aku. Belum apa2 dia dah banyak cite itu ini pasal diri dia. Cepat je kitorng sesuaikan diri. Mula2 aku bajet baik la depan dia. At last, lepas tahu perangai dia yang lebih kurang aku. Hilang dah baik aku. Ikut suka je. Tak ade cover2 dah.

Ili Ilmam, orang pertama yang aku kenal masa mula2 sampai UUM. Aku ni poyo sikit nak blaja jauh2, kan dah tak ada kawan. Mind set bukan main, tak pe kawan boleh cari. Nasib baik jumpa. Tengak2 kemas2 barang dah kena kumpul untuk pendaftaran kos. Tengah siap2 aku orang ketuk pintu ajak turun sekali. Ni lah budak dia. Jiran aku jugak. Bila dah hari2 makan, orentasi sama2. Akhirnya, dialah orang paling rapat dengan aku.

Rakan seperjuangan di UUM. Awesome gila masa event di jalankan 'Sukan Siswi'. Sukan yang dijalankan diwaktu malam yang indah dan bertemakan Purple. Aku harap hubungan ni akan kekal sampai bila2. Even, sampai dah kerja kalau boleh stay contact. Insyallah

Tibalah masanya final exam pun tiba. Selepas berusaha bertungkus lumus. Kami mengambil keputusan untuk keluar jalan2. Tapi, tak semua ikut. Kitorang bertiga pasai yang lain ada hal. Ke mana? Pergghhliss!


Seriously cantik gila view masjid ni waktu malam. Kalau solat kat sini rasa tenang je. Kalau boleh doa pun nak lama2. Dengan pemandangan luas masa berdoa. Korang kena solat kat sini kalau datang Jeti Kuala Perlis. And then, after solat kami dinner pulak. Makan seafood tepi laut yang aman damai. Disarankan pada anda semua yang nak pekena seafood. Mai datang Perghhlis. Tak menyesal punyelah. Harga pun berpatutan.

Sekian entry untuk semester 1. Good bye Sem 1.











 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

No comments:

Post a Comment