Followers

Eh..Eh..Thank You singgah, Nak stalk silakan, Follow sekali okay :)

Sunday, May 19, 2013

Sebab Timmy kita couple

‘ Laparlah, jom ambil mangga kat rumah makcik Hajar.’ Cadang Julia seraya menarik tangan Anis.

‘ Bosankan cuti panjang ni.’ Anis menyuap mangga yang disalut dengan kicap bercampur gula. 

‘ Tahu tak apa.’ Ujur Julia sambil menutup mulutnya yang penuh, dengan tangan supaya tidak menyembur.

‘ Kadang-kadang, kalau aku bosan aku tinjau orang kat rumah sebelah guna lubang tu.’ Julia memuncungkan mulutnya ke ukiran yang berlubang.

‘ Siapa yang ada dekat rumah tu? Rumah tu kan kosong.’ Anis bertanya ingin tahu. Setahunya, rumah sebelah tu dah lama kosong.

‘ Rumah ni tempat persinggahan. Anak saudara pakcik Jamil selalu datang rumah ni. Main PS.’ Ujur Julia panjang lebar. 

‘ Kau ni, buat project tak ajak aku pun.’ Anis merungut.

Beberapa minit selepas itu, datang 3 buah motor memarkir di garaj depan rumah lama pakcik Jamil. Mereka berenam menananggalkan topi keledar masing-masing disusuli dengan gelak tawa.

‘ Kacaklah mamat baju putih yang naik LC tadi.’ Suara Anis begitu teruja sebaik mereka berenam masuk ke dalam rumah itu.

‘ Aku minat yang baju hitam tadi.’ Julia pula bersuara.

‘ Kejap ye Anis. Aku nak tambah gula, mangga banyak lagi ni.’ Julia berlalu pergi sambil membawa piring yang berisi gula bercampur kicap yang semakin berkurangan.

Tanpa berfikir panjang, Anis memanjat kerusi dan meninjau di lubang seperti yang pernah dilakukan Julia. Anis tersenyum sendiri sambil menggigit bibir. Mulutnya juga tidak berhenti membebel.

‘ Kacaknya dia, kalau dapat ni. Ikat dalam rumah!’ Omel Anis sendirian.

Tanpa disedari, mata tuan punya badan yang bernama Fakhrul Hafizi yang diamati oleh Anis mendongak dengan laju ke dinding yang terukir secara berlubang itu. Anis menurunkan badannya dengan tindakan drastik, kakinya melangkah laju masuk ke rumah Julia.

‘ Kau ni kenapa?’ Julia menyoal cemas. Hampir sahaja piring yang dipegangnya terjatuh ke lantai.

‘ Dia nampak aku! dia nampak aku!’ Anis yang kelihatan begitu cemas, menolak Julia keluar.

Fakhrul yang berbaju putih itu, keluar dari rumahnya dan menjenguk ke rumah Julia.

‘ Hye!’ Julia tersenyum kelat sambil menunjukkan peace ke arahnya.

Fakhrul mengamati wajah Julia dengan mata yang dikecilkan. 

‘ Bukan dia.’ Fakhrul berbisik dalam hati. Kakinya di arahkan ke rumah sebelah.

‘ Kau pergi mana Fakhrul?’ Aidil bertanya.

Fakhrul mengeleng dengan muka selamba.

‘ Kau kenapa Anis? Kau tinjau mamat baju putih tadi ye?!’ Julia meneka seraya jari telunjuknya digoyang-goyangkan dengan senyuman nakal. 

Anis meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya, memberi isyarat pada Julia supaya memperlahankan suaranya.

‘ Tadi aku saja je nak tinjau, tak tahu pula dia perasan.’ Anis duduk setelah suhu cemasnya semakin menurun.

‘ Itulah, lain kali kalau nak tinjau, jangan lama-lama sangat. Kalau kau menatap mata, mestilah dia perasan.’ Julia ketawa kecil diiringi gelengan kepala.

‘ Tadi masa kau tolak aku, dia datang sini tahu tak. Tapi dia tak cakap apa-apa.’ Julia menceritakan kejadian tadi.

‘ Iye ke? Kacak tak dia?’ Anis menyoal dengan mulut sedikit ternganga.

‘ kacak! Gila kau tak kacak! Macam Kamal Adli! Lagi kacak dari Kamal Adli!’ Julia menutup mulut Anis yang masih ternganga.

‘ Okeylah Julia, aku balik dulu, dah 6 30 dah ni. Nanti mak aku mengamuk pula.’ Anis menyarung selipar dan berlalu pulang.

‘ Anis! Kucing kau mana? Kalau aku jumpa, aku buat gulai nanti.’ Julia melaung pada Anis yang sudah 100 meter di hadapan. Anis memandang ke belakang sambil menepuk dahi.

‘ Mana Timmy? Tadi aku rasa dia main dekat garaj ni tadi.’ Anis berpusing mencari Timmy. Julia juga turut membantu mencari Timmy. Timmy adalah kucing yang paling Anis sayangi kerana kucing tersebut adalah hadiah dari ayahnya sempena hari jadinya 2 tahun lepas. Kucing tersebut adalah kucing parsi yang berbulu putih kekuningan.

‘ Timmy! Timmy! Mana kau?’ Anis melaung nama kucingnya berharap agar kucingnya menyahut panggilannya. Julia juga turut melakukan perkara itu.

Ternyata kucing itu menyahut juga. Rupa-rupanya Timmy berada di tangan Fakhrul Hafizi. Bulat mata Anis memandangnya. 

‘ Kucing awakkan?’ Fakhrul berjalan ke arah Anis dan Julia. Fakhrul tahu sebaik melihat rantai di leher kucing tersebut tertulis TIMMY. Tambahan pula, Anis dan Julia tidak henti-henti melaung nama Timmy.

Anis mengangguk perlahan. Fakhrul menyerahkan Timmy kepada Anis.

‘ Terima kasih.’ Hanya itu yang mampu terucap.

‘ Jaga elok-elok. Kucing tu cantik, kena curi nanti. Menangislah.’ Fakhrul memberikan sedikit nasihat. Fakhrul meluncur laju dengan motor LC miliknya seusai meminta izin.

‘ Bagus betullah kau ni Timmy, pandai kau cari tempat nak menghilang. Aku suka dengan kau.’ Anis menimang Timmy tinggi sambil mengusap bulu Timmy yang cantik terjaga.

…………………………………………………………………………………………..

‘ Kau orang mainlah dulu, aku laparlah. Nak beli makanan kat kedai hujung sana tu.’ Fakhrul melangkah keluar dari rumah pakciknya.

‘ Fakhrul, terlanjur tu, tolong beli coke eh.’ Didi membalas. Hanya mulutnya yang berbicara, tapi matanya tertumpu pada permainan.

‘ Mimpi apa kau datang rumah aku ni? Selalunya kalau aku ajak keluar, punyalah liat.’ Julia memerli. Anis datang dengan Timmy yang sering di belakangnya.

‘ Janganlah perli aku. Aku suka datang rumah kau ni. Seronok!’ Anis ketawa kecil. Timmy sudah duduk di kerusi bersebelahan Anis.

‘ Awalnya dia orang sampai. Ni yang buat aku semangat ni.’ Anis menyambung bicaranya.

‘ Kau tak serik ke? Tak takut kalau mamat tu perasan kau lagi?’ Julia menduga. Pelik dengan sikap Anis. Semalam bukan main cemas, sekarang nak buat lagi.

‘ Kau duduk dulu, aku nak basuh muka kejap.’ Julia mempelawa. Sememangnya Julia baru bangun dari lena yang agak panjang.

‘ Mana dia? Tak datang ke? Tapi motor ada.’ Anis mengomel lagi. Matanya dikerling ke arah motor LC di garaj.

Bahu Anis dicuit.

‘ Janganlah Julia. Aku tengah mencari ni. Dia tak ada pun. Tak datang ke?’ kepala Anis menari-nari mencari kelibat Fakhrul Hafizi.

Bahunya dicuit lagi. 

‘ Kau ni tak faham ke? Kau nak a…’ Kata-kata Anis terhenti di situ sebaik melihat mamat yang dicarinya berada di sebelahnya.

‘ Cari siapa?’ Fakhrul sudah duduk di tembok beranda Julia. Keningnya dijungkit seraya meneguk coke.

‘ Cari...Timmy! ye..Timmy!’ Hanya Timmy yang terlintas di fikiran Anis. Julia masih di dalam. Lama betul!

Fakhrul mengalihkan pandangan ke satu arah. Anis menuruti anak mata Fakhrul. Ternyata Timmy berada di sebelahnya. Sedang nyenyak tidur.

‘ Tak perasan Timmy ada kat sini.’ Anis mengusap lembut bulu Timmy yang halus. Beberapa minit selepas itu, Julia keluar.

‘ kau nak apa pang..’ Nada Julia juga terhenti sebaik melihat Fakhrul berada di berandanya bersama Anis dan Timmy.

‘ Okeylah. Bye guys!’ Fakhrul melangkahkan kakinya ke rumah sebelah. Sempat juga tangannya mengusap Timmy.

‘ Saya ada tips. Lain kali kalau nak ‘ mengintip’, pandang kiri kanan dulu.’ Fakhrul sempat memerli Anis sebelum masuk ke rumah itu.

‘ Kantoi lagilah tu. Lawaklah kau ni Anis.’ Julia ketawa besar melihat reaksi Anis.

‘ Lepas ni, aku tak nak lagilah tinjau dia. Tajam betul dia perli aku.’ Anis menyarung seliparnya dan berlalu pergi sambil membawa Timmy.

Julia hanya diam. Kasihan Anis.

………………………………………………………………………………………......

Enjin motor dimatikan. Fakhrul masih di atas motor. Tiba-tiba, Julia keluar untuk menangkat jemuran. 

‘ Mana member hari tu?’ Fakhrul duduk di atas motor.

‘ Kau nak apa jumpa dia?’ Julia mencapai kain yang jatuh ke tanah.

‘ Tak ada apa-apa, ingatkan dia lepak kat sini hari-hari.’ Fakhrul sudah mengorak langkah untuk berlalu ke rumah pakciknya.

‘ Dia memang selalu lepak kat rumah aku, tapi lepas kau perli dia semalam. Dia tak nak datang rumah aku lagi dah.’ Langkah Fakhrul terhenti. Julia memasukkan kain jemuran ke dalam bakul dan mengangkatnya.

‘ Aku tak tahu pula dia cepat touching.’ Fakhrul mula rasa bersalah. 

‘ Dia memang macam tu. Tak payah nak rasa bersalah lah.’ Ujur Julia. Julia masuk ke rumah seusai meminta izin.

Fakhrul duduk memeluk lutut di garaj. Matanya leka memadang keletah Anis yang kebudak-budakkan bermain dengan Timmy.

‘ Apa yang kau menungkan tu Fakhrul!’ Fakhrul tersentak apabila lamunannya diganggu.

‘ Cuba kau tengok perempuan tu.’ Fakhrul mengarahkan telunjuknya ke arah Anis.

‘ Yang mana? Yang main dengan kucing tu ke?’ Aidil meneka.

Fakhrul mengangguk sambil tersenyum.

‘ Cubalah cari awek yang elok sikit perangainya. Tak tentu arah je aku tengok perempuan tu.’ Aidil memprotes seraya mengeleng kepala.

‘ Okeylah macam tu. Daripada menggedik, terkinja-kinja tak tentu arah depan aku.’ Fakhrul membalas protes Aidil.

‘ Macam Mila! Dia tu aku tengok, macam obsess dengan kau.’ Aidil menjawab pendek. 

‘ Tahu tak apa.’ Fakhrul mengangguk setuju. 

…………………………………………………………………………………………..

‘ Hye Anis.’ Fakhrul memberanikan diri menegur Anis yang leka bermain dengan Timmy.

‘ Mana awak tahu nama saya?’

‘ Julia..’

‘ Nak apa? Saya tak tinjau awak pun.’ Anis berhenti menimang Timmy. Mukanya serius.

‘ Saya bukan datang sebab tu. Saya cuma nak minta maaf pada awak.’ Fakhrul menunggu jawapan dari Anis. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

‘ Minta maaf untuk apa?’ Anis melepaskan Timmy dari pelukannya. 

‘ Sebab saya perli awak hari tu.’ Fakhrul teragak-agak mengucapkannya. 

‘ Dah lupa dah pun.’ Anis menghulurkan senyuman ikhlas.

‘ Jom pergi tasik tu.’ Cadang Fakhrul teragak-agak.

Anis mengangguk setuju.

‘ Qiela, tolong jaga Timmy ye.’ Anis berlalu masuk ke rumah untuk menukar baju.

‘ Qiela, jangan buat Timmy macam perempuan.’ Qiela memang suka menjadikan Timmy sebagai model. Pelbagai baju budak perempuan dipakaikan pada Timmy.

Fakhrul ketawa kecil melihat Timmy yang dipakaikan gaun pengantin oleh Qiela. Begitu comel, meskipun Timmy adalah jantan.

‘ Awak memang minat kucing ke?’ Fakhrul memulakan perbualan.

‘ Ha’ah, sebab mereka comel!’ Anis menjawab spontan.

‘ Siapa nama awak? Lupa nak tanya.’ Anis menyoal.

‘ Fakhrul Hafizi. Panggil Fakhrul aje.’ Fakhrul memperkenalkan diri seraya menghulurkan tangan pada Anis. Anis menyambut mesra jabatan tangan Fakhrul.

‘ Tak lepak dengan kawan-kawan awak ke?’ Anis memulakan topik tanpa rasa segan.

‘ Tak, boringlah pula asyik main PS aje. Sekali-sekala, nak juga buat benda lain.’ Fakhrul menjawab spontan.

‘ 13 Disember ni birthday saya. Ada buat party sikit. Datanglah. Ajak Julia sekali.’ Fakhrul mempelawa.

‘ Insyallah.’ Anis menjawab pendek.

‘ Boleh bagi nombor phone, nanti saya mesej awak alamat saya.’ Fakhrul cuba berkias.

Anis memberikan nombor telefonnya pada Fakhrul. Hati Anis gembira berbunga-bunga apabila Fakhrul meminta nombor telefonnya.

‘ Happylah kau!’ Julia tumpang gembira apabila melihat Anis gembira.

‘ Tapi, aku tak ada baju.’ Anis melepaskan keluhannya. Matanya memandang ke bawah.

‘ Tak apa. Esok aku teman kau cari gaun yang sesuai.’ Cadang Julia.

Anis mengangguk laju. Julia sangat pandai dalam memilih pakaian yang cantik dan sesuai untuk seseorang.
………………………………………………………………………………………..

Julia setuju dengan gaun yang dipilih Julia. Gaun labuh yang berwarna biru lembut yang tidak terdedah. Rambut Anis yang ikal dililit dengan kreatif oleh ibu Anis.

Malam itu, abang Julia, Hafiz. Baik hati untuk menghantar dan menjemput mereka dari parti tersebut. 

‘ Wah! Besarnya rumah si Fakhrul ni. Macam istana.’ Julia kaget melihat rumah yang begitu besar dihiasi laman yang luas serta bunga dan pokok yang menambahkan lagi seri. Anis tidak terkata apa.

Memang tidak diduga, undangan ke birthday party Fakhrul begitu meriah. Jemputannya lebih dari 300 orang. Macam dalam filem orang putih pun ada.

‘ Acara potong kek dah nak mula.’ Julia menarik tangan Anis sambil menyelit untuk berada di hadapan sekali. Fakhrul begitu kacak dan bergaya apabila mengenakan tuksedo suit. Fakhrul Hafizi mengulurkan senyuman pada Anis sebaik melihatnya. Anis membalas senyuman hambar pada Fakhrul. Di sisinya, kelihatan seorang gadis cantik yang memakai gaun hitam paras lutut.

‘ Fakhrul! Suapkan kek itu pada perempuan yang paling awak sayangi.’ Laung deejay seusai lagu ‘Happy Birthday’ selesai dinyanyikan.

Julia sudah mula mencuit pinggang Anis. Anis hanya tersipu malu.

Tanpa disangka, bukan Anis yang mendapat suapan kek dari Fakhrul. Tapi gadis itu. Gadis itu kelihatan begitu gembira. Mereka berdua berbalas pandangan dan senyuman.

Anis dan Julia mengambil minuman di meja hidang. Baru Anis hendak meneguk minuman itu, seseorang melanggarnya dari belakang. Gaun Anis basah gara-gara air yang tertumpah itu.

‘ Who are you? I don’t think we know each other.’ Kata gadis itu dengan sombong.

‘ Kami kawan Fakhrul Hafizi.’ Julia menjawab.

Gadis itu menilik Anis dan Julia dari bawah hingga atas. Dia berlalu diikuti pandangan sinis yang tajam.

‘ Anis, awak okey?’ Fakhrul menyoal.

‘ Ya, saya okey.’ Anis mengelap bajunya dengan tisu yang disediakan.

Tiba-tiba, gadis tadi datang ke arah kami dan terus memeluk pinggang Fakhrul.

‘ Sayang, penat I cari U. dekat sini rupanya.’ Lentok suaranya boleh membuatkan semua lelaki tergoda.

‘ Mila, please stop it!’ Fakhrul cuba melepaskan dirinya dari pelukan Mila.

‘ Menjengkelkan!’ Bisik Anis pada Julia. Hal itu berlaku betul-betul di hadapannya.

Mila ternyata tidak peduli dengan kata-kata Fakhrul. Baru Mila mahu mengucup pipi Fakhrul, Fakhrul terlebih dahulu melarikan mukanya. Anis dan Julia ketawa kecil melihat keadaan itu.

Perasaan cemburu mula membuak apabila melihat Fakhrul berdampingan dengan gadis itu. Dalam tengah dilamun, satu suara kasar menyapanya.

‘ Awak Anis kan?’ Anis mengangguk tanpa soal.

‘ Saya Aidil, kawan Fakhrul.’ Aidil bersalaman dengan Anis dan Julia. Tersenyum lebar Julia, tidak menyangka bahawa lelaki yang diminatinya berada di sini.

‘ Kau orang boraklah, aku nak pergi sana.’ Anis berlalu apabila melihat reaksi Julia. Mungkin Julia dan Aidil perlu berdua untuk lebih mesra.

‘ Mana Julia?’ terkejut Anis apabila Fakhrul menyoalnya secara tiba-tiba dari belakang.

‘ Dengan Aidil.’ Jawab Anis pendek. Anis segan dengan Fakhrul. Anis fikir, perasan Fakhrul sama sepertinya. Rupanya, dia hanya bertepuk sebelah tangan.

‘ Dah makan?’ 

Anis mengangguk.

‘ Minum?’

Anis mengangguk lagi.

‘ Awak kenapa? Tak nak borak dengan saya ke?’ Fakhrul menduga.

Anis mengeleng.

Fakhrul menarik tangan Anis ke swimming pool. Fakhrul mempelawa Anis duduk di tepi kolam.

‘ You look pretty Anis.’ Fakhrul melafazkan dengan ikhlas. 

Anis mencebik.

‘ Awak kenapa? Ada masalah ke?’ Fakhrul cuba menduga lagi.

Anis hanya diam tanpa kata.

‘ Sayang, kenapa?’ Fakhrul memandang tepat anak mata Anis. Perkataan pertama itu membuatkan Anis terpaku seketika.

‘ Sayang! Awak fikir saya ni apa?!’ Anis berang apabila Fakhrul cuba mempermainkannya kali kedua setelah dia perasan sendiri.

‘ Salah ke saya sayang awak?’

‘ Of course salah! Awak dah ada Mila!’ Terluah juga rasa sakit hatinya pada Fakhrul.

‘ Awak ada nombor saya, tapi awak tak call, mesej. Awak hanya mesej alamat awak. Itu aje. Lepas itu, awak bagi kek..’ Kata-kata Anis terhenti di situ apabila ianya disampuk oleh Fakhrul.

‘ Saya bagi kek pada Mila.’ Fakhrul menyampuk laju.

‘ Player! Sanggup awak mainkan perasaan saya. Saya akui saya ni lurus bendul. Tapi, awak tak patut ambil kesempatan!’ Anis bangun dan meninggalkan Fakhrul termangu sendirian. Anis tidak peduli sewaktu Fakhrul cuba menghalangnya dari pergi.

………………………………………………………………………………………

Sudah hampir 3 minggu Anis tidak menjawab panggilan dari Fakhrul. Masanya dihabiskan bermain dengan kucing tersayangnya. Petang itu, Anis dan Julia ke pasaraya berdekatan untuk membeli-belah.

Anak matanya tertumpu pada seorang lelaki yang cukup dia kenali, bersama seorang gadis yang juga dia kenali. Mereka kelihatan begitu mesra. 

Mila memeluk erat lengan fakhrul sebaik dia mengetahui bahawa Anis sedang melihat mereka berdua. Mila menghadiahkan senyuman sinis pada Anis.

‘ Tak payah pedulilah dengan si Mila tu. Dia fikir dia lawa?’ Julia cuba menenangkan Anis yang kelihatan berang.

Anis hanya diam mendengar kata-kata Julia.

…………………………………………………………………………………………..


Setelah selesai mandi dan mengeringkan Timmy, Anis menghempaskan tubuhnya ke katil. Timmy juga ikut duduk di atas katilnya.

‘ Timmy, kenapa aku suka dekat si Fakhrul tu?’ Anis sering berkomunikasi dengan Timmy jika tiada Julia.

‘ Semua salah kau! Kalau kau tak hilang dan pergi pada dia, mesti aku tak kenal pun siapa dia!’ anis menghela nafas panjang.

Timmy hanya mengeluarkan bunyi ‘ Meoww!’

‘ Tapi tak mengapa, aku tetap sayang kau!’ Anis memegang Timmy dan menimangnya.

Anis mencapai tuala mandinya apabila badannya mula rasa melekit. Seusai mandi, Anis menuruni anak tangga satu persatu untuk ke tingkat bawah.

‘ Qiela, berapa kali kakak cakap, jangan jadikan Timmy budak perempuan. Buka gaun itu.’ Anis mengeleng kepalanya seraya berlalu ke dapur untuk mengisi perut.

‘ Kakak, ada orang.’ Qiela melaung dari ruang tamu.

Tetamu itu adalah Fakhrul. Apa lagi yang dia nak?!

‘ Lama tak dengar khabar, sibuk sangat ke?’ Fakhrul memulakan bicara.

Anis hanya memandang sambil bersandar di pintu dan memeluk tubuh. 

‘ Saya tahu awak marah. But, please..talk to me.’ Fakhrul menyandarkan tubuhnya di tembok beranda rumah Anis.

‘ Awak nak saya cakap apa?’ Anis pura-pura tidak mengerti.

‘ Dahlah, saya penatlah! Better awak balik.’ belum sempat Anis hendak menghempas pintu, tangan Fakhrul lebih laju menolak daun pintu.

‘ Tolong dengar penjelasan saya.’ Fakhrul merayu. Hampa, Anis masih dengan egonya. Daun pintu ditutup kuat.

………………………………………………………………………………………….

‘ Kau salah tentang Fakhrul, Anis.’ Aidil bersuara sewaktu dia terdengar perbualan antara Julia dan Anis.

‘ Apa yang salah?’ Anis mempertahankan diri.

‘ Kau tahu tak, Fakhrul suka kau! Bukan Mila!’ 

‘ kalau Fakhrul suka aku, kenapa dia beri kek birthday dia pada Mila? Dan kenapa dia kelihatan begitu mesra dengan Mila?!’ 

‘ Sebab dia hormat Mila sebagai kekasih dia. Fakhrul tak akan jalinkan hubungan dengan perempuan lain selagi dia masih ada kekasih. Tapi, dalam diam dia suka kau.’ Terang Aidil panjang lebar.

‘ Peliknya si Fakhrul tu.’ Sampuk Julia.

‘ Kalau tension, Fakhrul selalu lepak kat pantai depan tu. Kau pergilah cari dia dekat sana.’ Jelas Aidil.

………………………………………………………………………………………….

Petang itu, Anis ke pantai yang dinyatakan oleh Aidil. Anis turut membawa Timmy sebagai teman. 

Anis berdiri di hadapan Fakhrul yang sedang duduk di atas batu. 
‘ Saya nak minta maaf.’ Pinta Anis.

‘ Aidil dah beritahu semuanya.’ Sambung Anis lagi.

‘ Saya dah putuskan hubungan saya dengan Mila 4 hari lepas.’ Fakhrul bangun dan berdiri di atas batu. 

Tanpa disedari, terdapat kucing putih yang mengesek tubuhnya pada Fakhrul. Fakhrul mengambil kucing tersebut dan memeluknya erat.

‘ Awak tak pernah cerita pun yang awak ada kucing juga.’ Anis terkejut melihat Fakhrul yang kelihatan begitu menyayangi kucingnya. 

‘ Awak tak pernah tanya.’ Fakhrul menjawab.

‘ Apa nama dia?’ 

‘ Tina.’ 

‘ Timmy..Tina..’ Anis menyebut nama kucing milik Fakhrul dan miliknya.

‘ Nama mereka dekat dekat-dekat.’ Anis sedikit teruja. Tina juga adalah kucing parsi, tapi berbulu putih.

‘ Itu maknanya, kita ada jodoh.’ Fakhrul berjenaka. Anis ketawa mendengar tanggapan Fakhrul. Anis mengusap lembut tubuh Tina.

Anis dan Fakhrul melepaskan kucing masing-masing.

Fakhrul menggengam erat tangan Anis. Mereka berjalan di sepanjang pesisiran pantai. Timmy dan Tina kelihatan berjalan beriringan di depan mereka.

‘ Awak perasan tak, disebabkan Timmy, kita rapat macam ni.’ Fakhrul melontarkan pandangannya pada Timmy. 

‘ Ye la, kalau Timmy tak hilang masa itu, mesti kita tak kenal.’ Anis tersenyum lebar. 

Fakhrul berhenti berjalan. Pandangan mereka bertaut, Fakhrul mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Bekas merah tersebut dibuka. Ianya rantai silver yang tertulis AF. Gabungan nama Anis dan Fakhrul.

‘ Will you be mine?’ Fakhrul melutut sambil tersenyum.

Anis sudah tersipu-sipu malu, tiada lafaz yang mampu diucapkan selain anggukan kepala tanda setuju. Fakhrul bangun dan memakaikan rantai tersebut di leher Anis.

Masih kekal lagi di ingatan Anis. Betapa miangnya dia sewaktu meninjau Fakhrul di rumah sebelah.


-THE END- 






 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

No comments:

Post a Comment