Followers

Eh..Eh..Thank You singgah, Nak stalk silakan, Follow sekali okay :)

Sunday, May 19, 2013

Kesedaran Puteri

‘zana! Teman aku pergi toilet sekarang jugak…wa mau buang semua air dalam perut gua…!! Cepatlah zana..’ jerit Puteri Farah atau Puteri sebaik sahaja masuk ke kelasnya…bukan main selamba minah nie..satu kelas dengar..biasanya kalau pagi-pagi..budak lelaki berpeleseran kat koridor…dari kelas 1st sampai ke kelas last..port diorang tempat yang sama.

Budak lelaki yang mendengar semua ketawa terbahak-bahak. Ada juga suara sumbang yang memerli..rizal yang turut melepak di koridor menarik pergelangan tangan puteri..

‘puteri..perangai tu senonoh sikit..semua orang dengar tahu tak?’ tegur rizal beserta keluhan.

‘ rizal..kalau awak nak membebel..sambung kejap lagi eyy..saya tak tahan nie..’ lantas menarik tangannya dari pegangan rizal yang menghalang perjalanan nya ke toilet..

‘tapi saya ada benda nak cakap kat awak nie..’ kata rizal separuh kuat..nampaknya tidak diendahkan oleh puteri..

‘kau nie..sopan lah sikit dengan rizal tadi..dia cakap elok-elok dengan kau..jawablah baik-baik..sengal betul lah kau nie…’ nasihat zana sesampainya di toilet..

‘ zana..aku tak tahan tau tadi..so aku ajaklah kau..tibe-tibe si rizal tu muncul apekehalnya..’ jawab puteri selamba sambil membetulkan bajunya sekolahnya..

‘memanglah rizal muncul..yang kau cakap kau nak kencing sampai satu form dengar pehalnya..’ jawab zana dengan keluhan..zana berkawan dengan puteri dari form1 sampai form 4. sebelum nie sikap tak macam tu..apa yang merubah puteri jadi begitu kasar macam lelaki pun tidak diketahui.

‘ehh..aku cakap kuat yerk tadi..tak sedar pulak..haha..’ jawab puteri beserta ketawa. Zana hanya mampu mengeleng dengan sikap rakan baiknya.

‘ mana pulak perginya pen biru aku tadi..aku letak sini tadi..mesti mamat singai nie yang ambik..’ kata puteri bermonolog sendirian sambil menuduh Zikri yang mengambil pennya..zikri memang suka mengambil barang puteri tanpa meminta izin..

‘woi zikri..bak sini pen aku..’ jawab puteri kuat..

‘kejaplah aku nak pakai..’ jawab zikri selamba. Puteri lantas menarik rambut zikri dari belakang..

‘ ko nak bagi ke tak nak..aku humban kau tepi longkang tu kang..cepat bagi..’ herdik puteri selamba..zikri yang mungkin terasa dengan kata-kata kasar puteri lantas memberinya..rizal yang melihat tingkah laku puteri hanya mengeleng dari luar koridor..kelas rizal bersebelahan rizal yang bersebelahan dengan kelas puteri..

‘puteri! Ape kau nie..tak baik cakap macam tu kat die..apalah yang merubah kau nie..’ marah Zana yang sedikit kesal dengan puteri.

‘ zana..rizal nak pergi mana tu? Dia lawan ke hari nie..?’ soal puteri kepada zana apabila matanya tertumpu kepada rizal dan rakan-rakanya memakai jersey bola sepak hitam berline merah..

‘yelah..tak kan kau tak tau..pakwe kau sendiri..tulah lain kali ambik tahu sikit pasal si rizal tu..ramai yang nak kat rizal tu tau tak?’ kata zana selepas sesi pembelajaran tamat.

‘aku peduli apa...’ jawab puteri teragak-agak..walaupun puteri dan rizal baru bersama 8 bulan yang lalu..tapi rizal tetap sayang pada puteri walaupun kadang-kadang dia berkasar dengan rizal..

‘kau tak nak jumpa rizal ke..? game dia aku dengar 2 minggu? Tak kan tak rindu kot?’ perli zana sambil tersenyum nakal..

‘hmmm…tak payahlah..tak ada makna nya nak rindu kat rizal tu..tapi apsal lama sangat?’ jawab puteri selamba tapi dalam hatinya meronta-ronta agar dapat berjumpa rizal untuk hari ini..ianya menjadi kenyataan..

‘aku dengar cikgu hamzah nak bawak diorang holiday…’jawab zana sambil mengemas begnya.

‘ow..ye ke kenapa lama sangat..apasal rizal tak cite kat aku apa-apa.’ Jawab puteri dengan nada sedikit gelisah..dia sedar selama nie..dia banyak berkasar dengan rizal..

‘manalah aku taw..kau tak sedar ke puteri kalau selama nie..kau banyak berkasar dengan rizal tu..selama nie aku tengok nie sabar je dengan kau..kau je tak pandai menghargai..’ soal zana panjang lebar. Puteri hanya berdiam diri.

Semasa turun dari tangga, puteri terserempak dengan rizal di depan tangga..rizal kelihatan sedang memakai kasut. 

‘ kenapa tak bagitau ada game hari nie..?’ soal puteri mencari salah rizal.

‘perlu ke?’ soal rizal pendek..

‘perlu ke? Tu yang awak tanya…saya nie siapa di mata awak?’ jawab puteri kecewa.

‘ yelah selama nie..mana saya nak pergi saya akan bagitau awak..tapi apa yang saya dapat? Awak tak kisah pown saya tengok..so saya bagitau ke tak bagitau ke..tak ada effect pown kat awk..’ jawab rizal sinis..

‘awak nie..dayus awak tau tak..ego..semua kat awak..’ herdik puteri.
‘hei..awak dengar sini! Awak ego ke saya ego? tanya diri awk tu..2 minggu saya kat Selangor..kita tak kan jumpa! awak buatlah apa awak suka..’jawab rizal mengherdik puteri..sudah sering kali rizal diherdik begitu oleh puteri..sekarang meletup juga kesabaran rizal terhadap puteri.

Puteri pulang ke rumah dengan perasaan kesal. Mungkin kerana sikapnya pada rizal keterlaluan. Tidak pernah rizal mengherdiknya begitu sekali.mujur ibu dan ayah puteri tidak ada di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin selama seminggu di perak. Puteri mengajak zana untuk menemaninya di rumah. Sesampai di bilik puteri lantas mencapai foto rizal yang diletakkan di meja kamarnya.

‘ kau nie kenapa puteri? Dari tadi asyik belek gambar si rizal tu..’ soal zana sambil melabuhkan punggungnya di sebelah puteri.

‘entahlah..aku rasa bersalah kat rizal...’ Jawab puteri sambil mengesat air matanya..

‘dahlah..dia pergi tak lama pun..2 minggu lagi dia baliklah..’ pujuk zana.

‘kau cakap senanglah..selama nie bila dia ada dekat dengan aku..aku tak pernah pun pedulikan dia. Tapi bila dah jauh, kenapa aku rindu kat dia..’ jawab puteri kesal. Puteri lantas memeluk zana yang selalu memahami perasaannya..

‘ apa kata kau try call dia..’ cadang Zana.

‘ dah..nombor dia tak ada dalam perkhidmatan..aku rasa dia dah tak pakai nombor tu lagi dah.’ Kata Puteri kecewa.

‘ kau dah try tanya kawan-kawan dia?’ soal Zana. 

‘ dah..semua tak tahu yang Rizal dah tukar nombor..camne die..aku tak nak lost contack dengan dia..’ kata Puteri hampir menangis. Zana segera menenangkan Puteri dari terus menangis.

2 minggu akhirnya berlalu, penungguan Puteri yang bagaikan 2 tahun lamanya akhirnya berakhir. Sekolahnya berjaya melawan sekolah menengah di Selangor. Rizal selaku ketua pasukan menuju ke pentas dengan laungan gatal dari budak perempuan. Rizal menjulang piala tersebut dengan senyuman.

‘ dah menang..tak kan tak nak ajak saya keluar kot?’ kata Puteri pada Rizal dengan senyuman terukir di wajahnya. Rizal tidak mengendahkan percakapan Puteri. Malah, berlalu tanpa sepatah kata-kata. Puteri melaung nama Rizal, langkah Rizal terhenti di situ.

‘ kenapa dengan awak nie?’ soal puteri bengang. Rizal hanya mengangkat kening dengan pandangan biasa.

‘ awak..berubah..’ kata puteri lagi.

‘ apa yang berubah?’ soal Rizal.

‘ yela..awak langsung tak cakap apa-apa masa nak pergi hari tu, lepastu awak balik pun awak tak call saya..tukar nombor pun awak tak bagitau..sekarang nie awak buat bodoh dengan saya..kenapa nie?’ luah Puteri tidak mengerti dengan sikap Rizal yang dulunya caring dah bertukar uncaring.

‘ saya tak nak awak! Saya nak Puteri yang saya kenal dulu..awak betul-betul berubah sejak 3 bulan nie..saya sabar dengan awak..tapi apa saya dapat?! Sampah!’ kata Rizal sambil berlalu, Puteri kaku mendengar ayat yang keluar dari mulut Rizal.

Balik tu..Puteri tunggu Rizal di tangga..ternyata kemunculan Rizal bukan berseorangan tetapi dengan ketua pasukan sorak sekolahnya, Alya. Puteri terkejut tidak terkata apa. Rizal yang perasan kehadirannya hanya memberi pandangan benci. Malah, mereka kelihatan sangat mesra dan rapat.

‘ apa aku dah buat sampaikan Rizal buat macam tu kat aku..besar sangat ke kesalahan aku pada dia?’ tapi kata-kata itu hanya di luahkan dalam hatinya. Sudah 2 minggu Rizal tidak menghubungi Puteri. Puteri ke tepi tasik, di situ lah tempatnya menenangkan fikirannya ketika bercelaru. Rizal yang mengsyorkan aku untuk pergi ke tempat ini. Tiba-tiba aku terlihat kelibat Rizal bersama Alya.

Puteri segera berlalu pergi dari tempat tersebut. Pandangan yang terlalu lama membuatkan Hatinya bertambah remuk dan sakit. Esok, cuti 2 minggu sudah bermula..maknanya aku tak kan dapat jumpa Rizal sepanjang cuti nie. Dalam 2 minggu nie aku akan try jadi Puteri yang dulu.

Dalam kebosanan yang teramat sangat, tiba-tiba terlintas untuk ke kedai buku untuk membeli beberapa buah buku. Tiba-tiba Puteri terlihat kelibat Rizal di kedai buku. 

‘ Rizal..’ tegur Puteri dengan senyuman terukir di wajah. Rizal yang mengenakan seluar jeans dan baju T-shirt merah kelihatan sangat tampan di matanya. Rizal hanya menaikkan keningnya sebagai respon. Reaksinya seperti tidak mengenali Puteri. Puteri yang sebak dengan reaksi tersebut segera keluar dari kedai buku dan menuju ke arah tasik yang selalu menjadi tempat melawan kesedihannya.

Air mata gadis tersebut menitis setitik demi setitik. Sebelum nie, belum pernah lagi Puteri menangis kerana lelaki. Tapi kenapa Rizal? Tiba-tiba bahu Puteri dipaut oleh tangan seseorang.

‘ Rizal..’ kata Puteri dengan sedu-sedannya..Rizal tidak berkata apa..air mata yang gugur dari pipi mulus Puteri segera diusap.

‘ saya..mintak maaf kalau saya yang buat awak benci kat saya..’ luah Puteri.
‘ emm..akhirnya awak sedar jugak..tapi tolonglah saya nak Puteri yang dulu..’ pinta Rizal dengan senyuman.

‘ kenapa awak jauhkan diri dari saya?’ soal Puteri ingin tahu.

‘ sebab saya nak bagi awak masa untuk fikir balik kesalahan awak..’ jawab Rizal yakin.

‘ mulai hari nie..sye janji..saya akan kembali menjadi diri saya yang dulu..’ kata Puteri sambil mengangkat tangannya. Rizal hanya tersenyum gembira. 





 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

No comments:

Post a Comment