Followers

Eh..Eh..Thank You singgah, Nak stalk silakan, Follow sekali okay :)

Sunday, May 19, 2013

Kisahku bersama dia


‘ ha qila…nie la sekolah aku..cantik tak?’ soal Ain kepadaku dengan wajah yang agak riak. Tapi tak lah berapa nak riak, walau macam manapun sikap si Ain nie..dia la kwan baik aku dunia akhirat.
‘emm..bole la..tapi sekolah aku lagi cantik dan lagi besar.’ Jawabku kembali dengan muka riak juga sambil memberi senyuman cun.
‘ e’leh..’ jawab Ain dengan menyampah dan memalingkan mukanya dari aku. Aku tak kisah sangat..tak merajuk kot.
‘emm…lepas nie kelas apa?’ soalku ingin tahu, di sekolah baru nie..aku dapat kelas yang sama dengan Ain, 4 Al-Qurtubi.
‘ akaun..’ jawab Ain pendek sambil terus berjalan. Tiba-tiba Ain menjerit kecil apabila dilanggar oleh seorang budak lelaki.
‘ hak’alah..lain kali jalan guna mata ye makcik, jangan ikut sedap kaki ye nak jalan!’ tengking lelaki itu, tapi aku rase..budak laki tu yang salah..da lah jalan berpuak lepastu tak pandang depan sebab leka ketawa. Apa yang diorang ketawakan pun aku tak tahu.
‘ oi!!kau sape nak marah –marah kawan aku? Aku hentak kepala kau kang tersandar kat dinding depan tu!’ jawabku selamba dengn muka yang merah menahan marah. Aku tak boleh biarkan kawan baik sendiri ditindas dengan mamat poyo macam nie.
‘ hei! kau budak baru ke? Aku tak pernah nampak kau sebelum nie.’ Kata lelaki itu sambil mendekati aku.
‘ yup..aku budak baru..pahal ada masalah?’ jawabku dengan muka yang sedikit pun tidak menunjukkan cuak.
‘ ow budak baru..dah pandai buat hal eh..kau fikir kau sape ha?’ tengking lelaki tu. Bikin panas betul kalau orang tengking depan aku nie.
‘ kau fikir kau tinggi, puak kau ramai aku takut arh? Kau dengar eh..aku tak nak kau kacau kawan aku..faham!’ jawabku sambil menarik tangan ain pergi dari tempat tu.
‘berani nya kau Qila..aku selut dengan kau..’ kata Ain sambil menghulurkan senyuman.
‘ biasa lah aku..kau selalu ke kena kacau dengan mamat tu ke?’ kataku untuk meminta kepastian.
‘emm..tak lah selalu..tapi kadang-kadang adalah..tapi kan awek dia baik..tak macam dia..jahat!’ kata Ain dengan muka semacam menyimpan dendam..tak mungkin.
Lagi satu..aku macam pernah nampak lah muka mamat tadi..tapi kat mana ha?’ soalku pelik..sambil mataku merayau memikirkan wajah lelaki itu.
‘kalau diikutkan satu KL kenal dia..dia pernah duet dengan Fasha lagu hatiku milikmu. Dia ada website..kalau kau nak tahu apa-apa pasal dia pergi kat www.Farizaquan.com..cubalah survey.’ Cadang Ain.
Tak de keje aku..baik aku survey bab berapa akan masuk dalam exam nanti.’ Kataku selamba. Buat apalah nak tahu pasal mamat tu. Tolonglah faham!
Sesi pelajaran akaun ternyata agak susah untuk difahami. Tapi walau macam manapun aku kena berusaha untuk ‘tangkap’ apa yang cikgu cakap. Lepas loceng bunyi, biasalah..aku dengan Ain keluar dari perkarangan sekolah.
‘ sape perempuan tu? Macam tunggu someone je.’ kataku pada Ain sambil memuncungkan mulutku pada seorang perempuan.
‘ ha..tu la Amylea..girlfriend Fariz..’ kata Ain.
‘ jap..Fariz tu budak tadi ke?’ soalku pelik dengan mata yang ku kecilkan.
‘ ha’ah..’ jawab Ain pendek.
‘ nama bukan main cantik..tapi perangai macam setan.’ Kataku dengan wajah yang kembali merah.
Aku tak sangka kalau perempuan macam Amylea boleh dapat lelaki yang hampeh macam tu. Memang tak dinafikan wajahnya yang agak mirip dengan Justin Bieber membuatkan dia jadi kegilaan ramai..dalam diam, Ain pun ada menaruh sekelumit harapan pada si Fariz yang berlagak handsome bagai nak rak.
‘ tak baik cakap macam tu..dosa.’ tegur Ain.
‘ kau nie..bajet baik je..dah memang betul dia jahat..so what? Kau pulak nak halang-halang aku.’ Kataku selamba. Aku pun kadang-kadang pelik dengan perangai Ain nie.
Aku pulang ke rumah. Punat pintu automatic milik pintu rumahku lantas ku tekan. Aku memasuki ruang rumah banglo 2 tingkat yang dihiasi dengan laman yang begitu cantik. Laman tu dihias sendiri oleh mama. Mama suka tumbuhan, katanya tumbuhan nie boleh buat jiwa kita tenang. Di situlah aku selalu melepaskan tension dan kebosanan.
papa sekali lagi outstation..dah la aku nie anak tunggal..mama pun satu cepat sangan ‘pencen’..kalau tak mesti aku boleh dapat ramai adik.
Selepas habis solat zuhur, aku turun untuk makan dengan mama. Aku mengenakan seluar track Cheetah dikenakan dengan baju T-shirt coklat, rambutku yang ikal ku ikat ekor kuda.
‘ mama dah habis masak ke?’ soalku pada mama sambil memeluk pinggang mama dari belakang.
‘ emm..dah habis dah..jom makan..tolong mama angkat bawa kat meja depan.’ Kata mama meminta pertolongan dariku. Lauk yang mama masak memang sedap, tak ada sape boleh challenge masakan mama. Selepas makan, aku mengangkat pinggan mangkuk untuk dibasuh.
‘ sekolah Qila macam mana?’ soal mama sebaik aku melabuhkan punggung ke kusyen di sebelah mama.
‘ emm..ok tak ada masalah..everything under control ma..’ kataku sambil tersenyum memandang mama.
‘ by the way..bila papa nak balik?’ soal ku lagi.
‘ papa balik besok..tadi dia call..tapi Qila masih kat sekolah.’ Kata mama sambil matanya tidak lepas dari memandang rancangan kesukaannya di kaca tv..Cahaya. bukan best sangat pun cerita tu.
‘ emm..okey la ma..Qila ngantuklah..nak tidur dulu..’ kataku meminta keizinan mama sambil mencium pipi mama sebelum mengorak langkah ke bilik.
Masuk je dalam bilik aku terus menghempas tubuhku ke atas katil. Ada 4 misscall dari Amar. Emm..malaslah nak nak call balik..tidur lagi best. Aku melelapkan mata dan akhirnya aku dibuai mimpi indah.
Setelah aku terbangun, aku terlihat bungkusan teddy bear besar berwarna putih. Aku jenguk ke luar bilikku, kelihatan mama sedang berada di luar berbual dengan seorang lelaki. Susuk tubuh lelaki tersebut cukup aku kenali.
‘ papa!’ jeritku dari tingkat atas..aku melajukan langkah ku ke arah papa.
‘ bila papa sampai?’ soalku sebaik melabuhkan punggung di sebelah papa.
‘ masa Qila tengah tidur tadi..jumpa tak?’ kata papa.
‘ jumpa..thank you papa..sayang papa!’ kataku dengan girang kerana aku tahu soalan papa itu mungkin berkaitan dengan bungkusan teddy bear dalam bilikku tadi. Aku lantas memberi kucupan sayang pada papa.
‘ semua homework dah siap..apa aku nak buat malam nie?’ soalku dalam hati. Kebosanan mula menyelubungi diri, mama dengan papa keluar jumpa kawan papa..bila balik pun entah.
Tiba-tiba aku terfikir tentang kata-kata Ain di sekolah tadi. Apa kata aku try survey website mamat tu. Tanganku lantas menaip laman web mamat tadi. Terpampang mukanya di skrin laptop APPLE putih milikku. Aku lantas ke biodata miliknya. Aku meneliti semua tentang dirinya.
Nama : Ahma Fariz Zaquan B. Ahmad Mukhriz.
Tarikh lahir : 17-06-1994
Keturunan : kacukan inggeris(bapa) dan Melayu (ibu)
Tinggi : 178 cm
Berat : 60 kg
‘ patutlah muka macam orang putih..anak kacakukan inggeris dengan melayu rupanya.’ Omelku sendiri, ternyata memang betul tanggapan ku selama ini, dengan rambut yang coklat kehitaman, hidungnya yang mancung serta warna coklat terang yang menghiasi bola matanya boleh membuatkan mana-mana pelajar tergoda padanya, but not to me.
‘ arh! Apa aku buat nie?apsal aku survey website dia?apa yang aku dapat?’ soalku bertalu-talu dalam hati. Tak pe lah lagipun aku just nak tahu sebab boring. YM aku yang sentiasa on, disapa oleh Amar.
‘ salam Qila..buat apa?’ soal Amar melalui YM.
‘ nuttin’..boring lorh’ jawabku kembali.
‘ parents U mane?’ soalnya sekali lagi.
‘ diorang keluar..’
‘ emm..I think we should get back like before’ kata Amar, aku tidak menyangka perkara itu akan dibahaskan kembali. Aku tidak membalas apa-apa jawapan malah aku terus menekan punat log out. aku mengambil wudhuk untuk solat isyak.
‘ Qila..papa kau pergi New York tak nanti?’ soal Ain selepas sesi pelajaran BM habis.
‘ pergi..mama aku ikut sekali..apsal? parent kau pergi juga ke?’ soalku kembali, papa aku dan papa Ain adalah rakan kongsi, jadi ke mana papa pergi, papa Ain akan turut serta.
‘ pergi..mama aku pun sibuk nak pergi, katanya dah lama tak melancong, so aku tinggal sorang kat rumah.’ Kata Ain.
‘ kalau macam tu..kau tidur rumah aku..kita boleh shopping and buat homework sama-sama.’ Cadangku sambil tersenyum.
‘ tu la yang aku fikirkan..really wonderful idea.’ Kata Ain lantas ketawa kecil, kami akan menjalankan segala aktiviti bersama-sama. Wow! Bestnya!
‘ apa yang kau buat tu?’ soalku pada Ain yang sedang sibuk melayari internet menggunakan laptop milikku.
‘ saja..’ kata Ain. Aku yang sedang mengeringkan rambutku menggunakan kain tuala lantas mendekati Ain. Emm..survey website si Fariz.
Hai..kau dah obsess dengan dia ke?’ soalku sambil ketawa.
‘ obsess tu sikit je lah..aku saje je nk tahu lebih lanjut pasal dia..tak salahkan?’ kata Ain selamba.
‘ salah tu memang la tak salah..tapi kenapa kau berminat sangat nak tahu pasal dia?’ soalku meminta kepastian.
‘ kenapa kau cakap macam tu?’ soal Ain, bola matanya yang dari tadi tidak beralih dari skrin computer mengalihkan pandangannya padaku.
‘ yelah..walaupun kau dah kena ‘sound’ kat dia hari tu..masih lagi nak tahu pasal dia..kalau aku..jangan harap’ kataku tegas,. Aku tak tahu kenapa dengan Ain nie..obses lain macam kat mamat tu.
‘ qila..aku obses dengan dia sebab muka dia handsome, tu je reason die..lagipun dia dah ada girlfriend kan..tapi obses-obses aku pun..aku tak adalah sampai nak pisahkan diorang.’ Kata Ain mempertahankan diri.
‘ kalau diikutkan, Fariz tu player..walaupun Amy dah tahu yang Fariz tu player, sayang Amy kat Fariz tak berbelah bagi tau..tiba-tiba Friz buat dia macam tu.’ Kata Ain sambil menggeleng kepala berkali-kali.
Mulai hari ini, aku keseorangan di SMK Subang Jaya, Ain telah berpindah ke MRSM Alor Gajah, memang sedih bila Ain pergi, lepas nie mungkin kami dah tak serapat dulu. Dengan siapa aku nak berkawan?
‘amy..apsal dengan kau nie?’ soalku pada Amylea yang sendirian dalam tandas dan air matanya mengalir. Kenapa dengan dia?
‘ tak ada apa-apa..’ jawab Amylea pendek dan berlalu keluar dari tandas.
Rehat hampir habis, aku tak ada mood nak masuk kelas add math, aku merayau ke belakang dewan bagi mengelakkan aku dilihat oleh mana-mana guru dan pengawas. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara, seolah-olah sedang bergaduh, meskipun perlahan..tapi telinga aku boleh menangkap percakapan mereka.
‘ Fariz..awak tak boleh putuskan hubungan kita macam nie.’ Kata Amy dengan esak tangisan.
‘ pahal? ‘ soal Fariz pendek.
‘apa salah Amy? Kan bagus kalau Amy tak ada penyakit..mesti Fariz takkan putuskan Amy.’ soal Amy kembali sambil merentap baju sekolah Fariz.
‘ dah lah..aku dah malas lah nak ada hubungan dengan kau. lagipun kalau aku dengan kau..tak ke mana.’ Kata Fariz selamba lalu pergi. Langsung tak ada rasa bersalah. Mana hati perut dia?
‘ aku dah dengar semua tadi..’ kataku pada Amy setelah Amy keluar dari belakang dewan.
‘ Qila..aku tak tahu apa nak buat..aku sayang dia..tapi dia tinggalkan aku macam tu je.’ Kata Amy dengan tangisan.
‘ hei! tak guna tau tak kau menangis pasal dia..tak gunalah kalau kau sayang dia tapi dia tak sayang kau..lagipun Fariz tu player kan?’ kataku tegas. Amy hanya mampu mendiamkan diri. Tiba-tiba wajah Amy menjadi pucat..lalu pengsan.
Amy dikejarkan ke hospital. Aku yang tidak keruan menjadi turut risau. Walaupun aku baru mengenalinya. Esoknya di sekolah, aku memaksa diriku untuk bersua muka dengan Fariz.
‘ pehal? Nak offer diri jadi girlfriend aku ke? Kalau nak pergi ambik boring kat sana..isi nama..letak gambar yang cantik sikit.’ Kata Fariz selamba diikuti ketawa bersama rakan-rakannya.PANG!!..satu tamparan hinggap di pipinya.
‘ pehal kau nie..?!’ bentak Fariz sambil mengusap pipinya.
‘ kau tak ada hati perut ke?’ herdikku padanya. Rakan-rakannya yang lain terdiam mendengar herdikan ku.
‘ kau borak apa nie?’ soal Fariz dengan muka aneh. Mungkin dia belum tahu apa yang dah terjadi pada Amy.
‘ Amy..kat hospital sekarang nie..puas hati kau..kau blah camtu je bila dapat tahu yang dia ada leukemia.’ Bentakku sambil menolak kuat tubuh Fariz.
‘ hey! Dia dah nak mamposlah..lagipun kau fikir aku nak sangat ke kat si Amy tu..setakat muka macam Amy tu..belambak lagi aku boleh cari.’ Kata Fariz tanpa rasa bersalah. Malahan lebih riak.
‘hey!! sebab dia nak mamposlah..dia nak habiskan hayat dia dengan kau..apalah salahnya kalau kau temankan dia untuk saat-saat akhir dia nanti.’ Bentakku sekali lagi. Begitu senang dia tinggalkan orang yang dah sayang dia sepenuh hati. Aku berlalu pergi. Malas hendak menghadap mukanya.
Esok, pihak sekolah telah bersetuju dengan cadanganku untuk menyiarkan video clip buatan aku sendiri yang berkaitan dengan Amylea dengan menggunakan lagu dari kumpulan Samsons ‘Kenangan terindah ’. aku memasang video clip tentang Amylea..semuanya melihat dengan penuh sayu.
Wajah Amylea sudah tidak secantik dulu, wajahnya pucat tidak bermaya. Aku menangis melihat penderitaan yang ditanggung Amylea. Aku melihat reaksi Fariz. Wajahnya berubah, tampak ada perasaan bersalah dari wajahnya.
‘Qila..macam mana Amy sekarang?’ soal Fariz.
‘ macam dalam video clip tadi..aku mohon kat kau tolonglah habiskan saat-saat akhir Amy dengan kau..kenapa kau jahat sangat?’ soalku. Aku tidak bercadang untuk mencari pasal kali ini.
‘ aku akan habiskan masa aku dengan dia selagi hayat dia masih ada’ kata Fariz serius.
‘ baguslah tu..’
‘ 3 minggu selepas itu, aku tak dapat lagi mendengar tawa, wajah Amylea. Dia telah pergi meninggalkan dunia, seminggu sebelum arwah pergi, arwah ada memberiku sepucuk surat yang bersampul biru dan wangi. Aku membuka surat itu dan ia tertulis..
Qila…
Hari nie kita jalan sekali, bestkan jalan sambil bergurau, tapi lagi best bila kau bagi hadiah tu, tu lah hadiah yang paling aku tak boleh lupa. Senyuman manis kau, esok-esok bila aku dah tak boleh jalan, aku nak kau iringi aku,masa nie aku dah tak boleh nak panggil kau macam selalu, kau yang kena datang. Masa nie gak aku dah tak nak senyuman kau lagi dah. aku nak AL-FATIHAH dari kau, kau bacakan untuk aku ek..sebab aku dah tak boleh baca sendiri..lepastu, bila ada orang letak aku bawah papan, kau jangan menangis dan cari aku sebab aku dah tak boleh tegur kau lagi...janji ye..?
Aku nak ucapkan terima kasih sebab jadi kawan aku even kita just kawan 3 minggu, tapi tak ada sorang pun dari kawan aku yang sanggup datang rumah aku setiap hari untuk bertanya khabar, bagi semangat kat aku,thx 4 everything Qila..kau lah kawan yang paling de best aku pernah jumpa dalam dunia nie. Thx gak sebab selalu luangkan masa dengan aku.
Kadang-kadang Allah jarakkan hubungan kita, kemudian dia datangkan pula dengan dugaan..puas kita mencari mana orang tersayang kita, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita kerinduan yang berpanjangan.

Air mataku perlahan-lahan menitis. Mungkin payah untuk aku lupakan sebulan kenanganku bersama arwah Amylea. Esoknya, di sekolah Fariz yang aku kenal sebagai seorang yang nampak macam tak bermasalah tiba-tiba mengasingkan diri dengan budak lain. Fariz duduk di belakang sekali..dia kelihatan sedih.
‘ kau ok tak Fariz?’ soalku cuba bercakap dengannya. Fariz hanya menghulurkan pandangan lesu, rambut dia pun kelihatan tidak terurus.
‘ entahlah..aku rasa terkilan sebab aku pernah sakitkan hati Amy..aku tak nampak langsung kalau arwah tu sayang kat aku..aku pula buat bodoh dengan dia.’ Kata Fariz dengan penuh penyesalan.
‘ aku rasa kau tak payahlah terlalu rasa terkilan, lagipun masa arwah sakit dulu..kau pun jaga diakan.’ Kataku cuba menengkan hati Fariz.
Perbualan kami berlanjutan sehingga rehat kerana ketiadaan guru. Sekarang, dah hampir 4 bulan Arwah pergi..kesedihan bersisa sudah dihabiskan. Fariz pun dah berubah..mungkin pemergian Amy mendatangkan seribu keinsafan pada Fariz.
‘ kau masih simpan lagi nombor telefon arwah dengan mesej dia sekali?’ soal Fariz sejurus melihat nombor telefon Amy masih tidak ku buang dari handphoneku.
Aku ingat lagi, 2 bulan sebelum pemergian Qila..dia ada hantar mesej padaku..
Dulu langsung tak kenal,
Bila dah kenal..perangai makin nakal..
Moga kekal persahabatan kita walau sampai ajal.
Aku hanya tersenyum sendiri apabila terkenang kenanganku sewaktu bersama Amy. Hubunganku dengan Fariz telah berubah menjadi yang lebih special.




 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

No comments:

Post a Comment