photo home-2.jpg  photo kryabelog-2.jpg  photo tips-2.jpg

Followers

Eh..Eh..Thank You singgah, Nak stalk silakan, Follow sekali okay :)
Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Kisahku bersama dia


‘ ha qila…nie la sekolah aku..cantik tak?’ soal Ain kepadaku dengan wajah yang agak riak. Tapi tak lah berapa nak riak, walau macam manapun sikap si Ain nie..dia la kwan baik aku dunia akhirat.
‘emm..bole la..tapi sekolah aku lagi cantik dan lagi besar.’ Jawabku kembali dengan muka riak juga sambil memberi senyuman cun.
‘ e’leh..’ jawab Ain dengan menyampah dan memalingkan mukanya dari aku. Aku tak kisah sangat..tak merajuk kot.
‘emm…lepas nie kelas apa?’ soalku ingin tahu, di sekolah baru nie..aku dapat kelas yang sama dengan Ain, 4 Al-Qurtubi.
‘ akaun..’ jawab Ain pendek sambil terus berjalan. Tiba-tiba Ain menjerit kecil apabila dilanggar oleh seorang budak lelaki.
‘ hak’alah..lain kali jalan guna mata ye makcik, jangan ikut sedap kaki ye nak jalan!’ tengking lelaki itu, tapi aku rase..budak laki tu yang salah..da lah jalan berpuak lepastu tak pandang depan sebab leka ketawa. Apa yang diorang ketawakan pun aku tak tahu.
‘ oi!!kau sape nak marah –marah kawan aku? Aku hentak kepala kau kang tersandar kat dinding depan tu!’ jawabku selamba dengn muka yang merah menahan marah. Aku tak boleh biarkan kawan baik sendiri ditindas dengan mamat poyo macam nie.
‘ hei! kau budak baru ke? Aku tak pernah nampak kau sebelum nie.’ Kata lelaki itu sambil mendekati aku.
‘ yup..aku budak baru..pahal ada masalah?’ jawabku dengan muka yang sedikit pun tidak menunjukkan cuak.
‘ ow budak baru..dah pandai buat hal eh..kau fikir kau sape ha?’ tengking lelaki tu. Bikin panas betul kalau orang tengking depan aku nie.
‘ kau fikir kau tinggi, puak kau ramai aku takut arh? Kau dengar eh..aku tak nak kau kacau kawan aku..faham!’ jawabku sambil menarik tangan ain pergi dari tempat tu.
‘berani nya kau Qila..aku selut dengan kau..’ kata Ain sambil menghulurkan senyuman.
‘ biasa lah aku..kau selalu ke kena kacau dengan mamat tu ke?’ kataku untuk meminta kepastian.
‘emm..tak lah selalu..tapi kadang-kadang adalah..tapi kan awek dia baik..tak macam dia..jahat!’ kata Ain dengan muka semacam menyimpan dendam..tak mungkin.
Lagi satu..aku macam pernah nampak lah muka mamat tadi..tapi kat mana ha?’ soalku pelik..sambil mataku merayau memikirkan wajah lelaki itu.
‘kalau diikutkan satu KL kenal dia..dia pernah duet dengan Fasha lagu hatiku milikmu. Dia ada website..kalau kau nak tahu apa-apa pasal dia pergi kat www.Farizaquan.com..cubalah survey.’ Cadang Ain.
Tak de keje aku..baik aku survey bab berapa akan masuk dalam exam nanti.’ Kataku selamba. Buat apalah nak tahu pasal mamat tu. Tolonglah faham!
Sesi pelajaran akaun ternyata agak susah untuk difahami. Tapi walau macam manapun aku kena berusaha untuk ‘tangkap’ apa yang cikgu cakap. Lepas loceng bunyi, biasalah..aku dengan Ain keluar dari perkarangan sekolah.
‘ sape perempuan tu? Macam tunggu someone je.’ kataku pada Ain sambil memuncungkan mulutku pada seorang perempuan.
‘ ha..tu la Amylea..girlfriend Fariz..’ kata Ain.
‘ jap..Fariz tu budak tadi ke?’ soalku pelik dengan mata yang ku kecilkan.
‘ ha’ah..’ jawab Ain pendek.
‘ nama bukan main cantik..tapi perangai macam setan.’ Kataku dengan wajah yang kembali merah.
Aku tak sangka kalau perempuan macam Amylea boleh dapat lelaki yang hampeh macam tu. Memang tak dinafikan wajahnya yang agak mirip dengan Justin Bieber membuatkan dia jadi kegilaan ramai..dalam diam, Ain pun ada menaruh sekelumit harapan pada si Fariz yang berlagak handsome bagai nak rak.
‘ tak baik cakap macam tu..dosa.’ tegur Ain.
‘ kau nie..bajet baik je..dah memang betul dia jahat..so what? Kau pulak nak halang-halang aku.’ Kataku selamba. Aku pun kadang-kadang pelik dengan perangai Ain nie.
Aku pulang ke rumah. Punat pintu automatic milik pintu rumahku lantas ku tekan. Aku memasuki ruang rumah banglo 2 tingkat yang dihiasi dengan laman yang begitu cantik. Laman tu dihias sendiri oleh mama. Mama suka tumbuhan, katanya tumbuhan nie boleh buat jiwa kita tenang. Di situlah aku selalu melepaskan tension dan kebosanan.
papa sekali lagi outstation..dah la aku nie anak tunggal..mama pun satu cepat sangan ‘pencen’..kalau tak mesti aku boleh dapat ramai adik.
Selepas habis solat zuhur, aku turun untuk makan dengan mama. Aku mengenakan seluar track Cheetah dikenakan dengan baju T-shirt coklat, rambutku yang ikal ku ikat ekor kuda.
‘ mama dah habis masak ke?’ soalku pada mama sambil memeluk pinggang mama dari belakang.
‘ emm..dah habis dah..jom makan..tolong mama angkat bawa kat meja depan.’ Kata mama meminta pertolongan dariku. Lauk yang mama masak memang sedap, tak ada sape boleh challenge masakan mama. Selepas makan, aku mengangkat pinggan mangkuk untuk dibasuh.
‘ sekolah Qila macam mana?’ soal mama sebaik aku melabuhkan punggung ke kusyen di sebelah mama.
‘ emm..ok tak ada masalah..everything under control ma..’ kataku sambil tersenyum memandang mama.
‘ by the way..bila papa nak balik?’ soal ku lagi.
‘ papa balik besok..tadi dia call..tapi Qila masih kat sekolah.’ Kata mama sambil matanya tidak lepas dari memandang rancangan kesukaannya di kaca tv..Cahaya. bukan best sangat pun cerita tu.
‘ emm..okey la ma..Qila ngantuklah..nak tidur dulu..’ kataku meminta keizinan mama sambil mencium pipi mama sebelum mengorak langkah ke bilik.
Masuk je dalam bilik aku terus menghempas tubuhku ke atas katil. Ada 4 misscall dari Amar. Emm..malaslah nak nak call balik..tidur lagi best. Aku melelapkan mata dan akhirnya aku dibuai mimpi indah.
Setelah aku terbangun, aku terlihat bungkusan teddy bear besar berwarna putih. Aku jenguk ke luar bilikku, kelihatan mama sedang berada di luar berbual dengan seorang lelaki. Susuk tubuh lelaki tersebut cukup aku kenali.
‘ papa!’ jeritku dari tingkat atas..aku melajukan langkah ku ke arah papa.
‘ bila papa sampai?’ soalku sebaik melabuhkan punggung di sebelah papa.
‘ masa Qila tengah tidur tadi..jumpa tak?’ kata papa.
‘ jumpa..thank you papa..sayang papa!’ kataku dengan girang kerana aku tahu soalan papa itu mungkin berkaitan dengan bungkusan teddy bear dalam bilikku tadi. Aku lantas memberi kucupan sayang pada papa.
‘ semua homework dah siap..apa aku nak buat malam nie?’ soalku dalam hati. Kebosanan mula menyelubungi diri, mama dengan papa keluar jumpa kawan papa..bila balik pun entah.
Tiba-tiba aku terfikir tentang kata-kata Ain di sekolah tadi. Apa kata aku try survey website mamat tu. Tanganku lantas menaip laman web mamat tadi. Terpampang mukanya di skrin laptop APPLE putih milikku. Aku lantas ke biodata miliknya. Aku meneliti semua tentang dirinya.
Nama : Ahma Fariz Zaquan B. Ahmad Mukhriz.
Tarikh lahir : 17-06-1994
Keturunan : kacukan inggeris(bapa) dan Melayu (ibu)
Tinggi : 178 cm
Berat : 60 kg
‘ patutlah muka macam orang putih..anak kacakukan inggeris dengan melayu rupanya.’ Omelku sendiri, ternyata memang betul tanggapan ku selama ini, dengan rambut yang coklat kehitaman, hidungnya yang mancung serta warna coklat terang yang menghiasi bola matanya boleh membuatkan mana-mana pelajar tergoda padanya, but not to me.
‘ arh! Apa aku buat nie?apsal aku survey website dia?apa yang aku dapat?’ soalku bertalu-talu dalam hati. Tak pe lah lagipun aku just nak tahu sebab boring. YM aku yang sentiasa on, disapa oleh Amar.
‘ salam Qila..buat apa?’ soal Amar melalui YM.
‘ nuttin’..boring lorh’ jawabku kembali.
‘ parents U mane?’ soalnya sekali lagi.
‘ diorang keluar..’
‘ emm..I think we should get back like before’ kata Amar, aku tidak menyangka perkara itu akan dibahaskan kembali. Aku tidak membalas apa-apa jawapan malah aku terus menekan punat log out. aku mengambil wudhuk untuk solat isyak.
‘ Qila..papa kau pergi New York tak nanti?’ soal Ain selepas sesi pelajaran BM habis.
‘ pergi..mama aku ikut sekali..apsal? parent kau pergi juga ke?’ soalku kembali, papa aku dan papa Ain adalah rakan kongsi, jadi ke mana papa pergi, papa Ain akan turut serta.
‘ pergi..mama aku pun sibuk nak pergi, katanya dah lama tak melancong, so aku tinggal sorang kat rumah.’ Kata Ain.
‘ kalau macam tu..kau tidur rumah aku..kita boleh shopping and buat homework sama-sama.’ Cadangku sambil tersenyum.
‘ tu la yang aku fikirkan..really wonderful idea.’ Kata Ain lantas ketawa kecil, kami akan menjalankan segala aktiviti bersama-sama. Wow! Bestnya!
‘ apa yang kau buat tu?’ soalku pada Ain yang sedang sibuk melayari internet menggunakan laptop milikku.
‘ saja..’ kata Ain. Aku yang sedang mengeringkan rambutku menggunakan kain tuala lantas mendekati Ain. Emm..survey website si Fariz.
Hai..kau dah obsess dengan dia ke?’ soalku sambil ketawa.
‘ obsess tu sikit je lah..aku saje je nk tahu lebih lanjut pasal dia..tak salahkan?’ kata Ain selamba.
‘ salah tu memang la tak salah..tapi kenapa kau berminat sangat nak tahu pasal dia?’ soalku meminta kepastian.
‘ kenapa kau cakap macam tu?’ soal Ain, bola matanya yang dari tadi tidak beralih dari skrin computer mengalihkan pandangannya padaku.
‘ yelah..walaupun kau dah kena ‘sound’ kat dia hari tu..masih lagi nak tahu pasal dia..kalau aku..jangan harap’ kataku tegas,. Aku tak tahu kenapa dengan Ain nie..obses lain macam kat mamat tu.
‘ qila..aku obses dengan dia sebab muka dia handsome, tu je reason die..lagipun dia dah ada girlfriend kan..tapi obses-obses aku pun..aku tak adalah sampai nak pisahkan diorang.’ Kata Ain mempertahankan diri.
‘ kalau diikutkan, Fariz tu player..walaupun Amy dah tahu yang Fariz tu player, sayang Amy kat Fariz tak berbelah bagi tau..tiba-tiba Friz buat dia macam tu.’ Kata Ain sambil menggeleng kepala berkali-kali.
Mulai hari ini, aku keseorangan di SMK Subang Jaya, Ain telah berpindah ke MRSM Alor Gajah, memang sedih bila Ain pergi, lepas nie mungkin kami dah tak serapat dulu. Dengan siapa aku nak berkawan?
‘amy..apsal dengan kau nie?’ soalku pada Amylea yang sendirian dalam tandas dan air matanya mengalir. Kenapa dengan dia?
‘ tak ada apa-apa..’ jawab Amylea pendek dan berlalu keluar dari tandas.
Rehat hampir habis, aku tak ada mood nak masuk kelas add math, aku merayau ke belakang dewan bagi mengelakkan aku dilihat oleh mana-mana guru dan pengawas. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara, seolah-olah sedang bergaduh, meskipun perlahan..tapi telinga aku boleh menangkap percakapan mereka.
‘ Fariz..awak tak boleh putuskan hubungan kita macam nie.’ Kata Amy dengan esak tangisan.
‘ pahal? ‘ soal Fariz pendek.
‘apa salah Amy? Kan bagus kalau Amy tak ada penyakit..mesti Fariz takkan putuskan Amy.’ soal Amy kembali sambil merentap baju sekolah Fariz.
‘ dah lah..aku dah malas lah nak ada hubungan dengan kau. lagipun kalau aku dengan kau..tak ke mana.’ Kata Fariz selamba lalu pergi. Langsung tak ada rasa bersalah. Mana hati perut dia?
‘ aku dah dengar semua tadi..’ kataku pada Amy setelah Amy keluar dari belakang dewan.
‘ Qila..aku tak tahu apa nak buat..aku sayang dia..tapi dia tinggalkan aku macam tu je.’ Kata Amy dengan tangisan.
‘ hei! tak guna tau tak kau menangis pasal dia..tak gunalah kalau kau sayang dia tapi dia tak sayang kau..lagipun Fariz tu player kan?’ kataku tegas. Amy hanya mampu mendiamkan diri. Tiba-tiba wajah Amy menjadi pucat..lalu pengsan.
Amy dikejarkan ke hospital. Aku yang tidak keruan menjadi turut risau. Walaupun aku baru mengenalinya. Esoknya di sekolah, aku memaksa diriku untuk bersua muka dengan Fariz.
‘ pehal? Nak offer diri jadi girlfriend aku ke? Kalau nak pergi ambik boring kat sana..isi nama..letak gambar yang cantik sikit.’ Kata Fariz selamba diikuti ketawa bersama rakan-rakannya.PANG!!..satu tamparan hinggap di pipinya.
‘ pehal kau nie..?!’ bentak Fariz sambil mengusap pipinya.
‘ kau tak ada hati perut ke?’ herdikku padanya. Rakan-rakannya yang lain terdiam mendengar herdikan ku.
‘ kau borak apa nie?’ soal Fariz dengan muka aneh. Mungkin dia belum tahu apa yang dah terjadi pada Amy.
‘ Amy..kat hospital sekarang nie..puas hati kau..kau blah camtu je bila dapat tahu yang dia ada leukemia.’ Bentakku sambil menolak kuat tubuh Fariz.
‘ hey! Dia dah nak mamposlah..lagipun kau fikir aku nak sangat ke kat si Amy tu..setakat muka macam Amy tu..belambak lagi aku boleh cari.’ Kata Fariz tanpa rasa bersalah. Malahan lebih riak.
‘hey!! sebab dia nak mamposlah..dia nak habiskan hayat dia dengan kau..apalah salahnya kalau kau temankan dia untuk saat-saat akhir dia nanti.’ Bentakku sekali lagi. Begitu senang dia tinggalkan orang yang dah sayang dia sepenuh hati. Aku berlalu pergi. Malas hendak menghadap mukanya.
Esok, pihak sekolah telah bersetuju dengan cadanganku untuk menyiarkan video clip buatan aku sendiri yang berkaitan dengan Amylea dengan menggunakan lagu dari kumpulan Samsons ‘Kenangan terindah ’. aku memasang video clip tentang Amylea..semuanya melihat dengan penuh sayu.
Wajah Amylea sudah tidak secantik dulu, wajahnya pucat tidak bermaya. Aku menangis melihat penderitaan yang ditanggung Amylea. Aku melihat reaksi Fariz. Wajahnya berubah, tampak ada perasaan bersalah dari wajahnya.
‘Qila..macam mana Amy sekarang?’ soal Fariz.
‘ macam dalam video clip tadi..aku mohon kat kau tolonglah habiskan saat-saat akhir Amy dengan kau..kenapa kau jahat sangat?’ soalku. Aku tidak bercadang untuk mencari pasal kali ini.
‘ aku akan habiskan masa aku dengan dia selagi hayat dia masih ada’ kata Fariz serius.
‘ baguslah tu..’
‘ 3 minggu selepas itu, aku tak dapat lagi mendengar tawa, wajah Amylea. Dia telah pergi meninggalkan dunia, seminggu sebelum arwah pergi, arwah ada memberiku sepucuk surat yang bersampul biru dan wangi. Aku membuka surat itu dan ia tertulis..
Qila…
Hari nie kita jalan sekali, bestkan jalan sambil bergurau, tapi lagi best bila kau bagi hadiah tu, tu lah hadiah yang paling aku tak boleh lupa. Senyuman manis kau, esok-esok bila aku dah tak boleh jalan, aku nak kau iringi aku,masa nie aku dah tak boleh nak panggil kau macam selalu, kau yang kena datang. Masa nie gak aku dah tak nak senyuman kau lagi dah. aku nak AL-FATIHAH dari kau, kau bacakan untuk aku ek..sebab aku dah tak boleh baca sendiri..lepastu, bila ada orang letak aku bawah papan, kau jangan menangis dan cari aku sebab aku dah tak boleh tegur kau lagi...janji ye..?
Aku nak ucapkan terima kasih sebab jadi kawan aku even kita just kawan 3 minggu, tapi tak ada sorang pun dari kawan aku yang sanggup datang rumah aku setiap hari untuk bertanya khabar, bagi semangat kat aku,thx 4 everything Qila..kau lah kawan yang paling de best aku pernah jumpa dalam dunia nie. Thx gak sebab selalu luangkan masa dengan aku.
Kadang-kadang Allah jarakkan hubungan kita, kemudian dia datangkan pula dengan dugaan..puas kita mencari mana orang tersayang kita, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita kerinduan yang berpanjangan.

Air mataku perlahan-lahan menitis. Mungkin payah untuk aku lupakan sebulan kenanganku bersama arwah Amylea. Esoknya, di sekolah Fariz yang aku kenal sebagai seorang yang nampak macam tak bermasalah tiba-tiba mengasingkan diri dengan budak lain. Fariz duduk di belakang sekali..dia kelihatan sedih.
‘ kau ok tak Fariz?’ soalku cuba bercakap dengannya. Fariz hanya menghulurkan pandangan lesu, rambut dia pun kelihatan tidak terurus.
‘ entahlah..aku rasa terkilan sebab aku pernah sakitkan hati Amy..aku tak nampak langsung kalau arwah tu sayang kat aku..aku pula buat bodoh dengan dia.’ Kata Fariz dengan penuh penyesalan.
‘ aku rasa kau tak payahlah terlalu rasa terkilan, lagipun masa arwah sakit dulu..kau pun jaga diakan.’ Kataku cuba menengkan hati Fariz.
Perbualan kami berlanjutan sehingga rehat kerana ketiadaan guru. Sekarang, dah hampir 4 bulan Arwah pergi..kesedihan bersisa sudah dihabiskan. Fariz pun dah berubah..mungkin pemergian Amy mendatangkan seribu keinsafan pada Fariz.
‘ kau masih simpan lagi nombor telefon arwah dengan mesej dia sekali?’ soal Fariz sejurus melihat nombor telefon Amy masih tidak ku buang dari handphoneku.
Aku ingat lagi, 2 bulan sebelum pemergian Qila..dia ada hantar mesej padaku..
Dulu langsung tak kenal,
Bila dah kenal..perangai makin nakal..
Moga kekal persahabatan kita walau sampai ajal.
Aku hanya tersenyum sendiri apabila terkenang kenanganku sewaktu bersama Amy. Hubunganku dengan Fariz telah berubah menjadi yang lebih special.




 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

Damya dan Rizal


Kring!!kring!!...bunyi keramat SMK Seremban Jaya berbunyi menandakan loceng pertama telah dibunyikan…
‘ weih…cikgu Tharmizi suruh pergi padang…tengok budak main bola..’ kata Akim selaku ketua tingkatan dengan suara yang sedikit kuat supaya rakan-rakan kelas dapat mendengar suaranya.
Semua pelajar-pelajar 4 Harmoni bersorak riang kerana tidak perlu belajar. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas macam kambing keluar kandang.
‘ mia jom..dari tadi aku tengok kau leka sangat baca buku Science tuh..’ ajak Farah selaku rakan baik kepada Damya Nur Qazrina atau Mia..
‘emm..jap sikit lagi farah…kejap eaa..’ pinta farah tanpa memalingkan bola matanya yang hanya bertumpu kepada buku Science.
‘ dah..dah lah tu mia..semua budak dah turun dah..nanti tak pasal-pasal kena marah kat cikgu Mizi tu..’ sambil menarik tangan mia. Mia terkejut lantas mengikut gerak langkah kaki farah sambil membawa buku Science nya..
‘kau bawak buku turun padang mia..’ soal farah sambil berjalan menuju ke padang.
‘ daripada aku tak tengok budak-budak main bola..baik aku baca buku..dapat jugak ilmu..’ jawab mia selamba..bagi mia..masa itu emas..kalau tidak digunakan dengan baik..rugilah..itulah prinsip mia..farah hanya menunduk faham dengan kata-kata mia..walaupun farah tak sepandai mia..tapi kalau ada yang tak faham..mialah tempat farah bertanya..
‘ye!! Goal!!’ sorak farah hingga membuatkan damya yang sedang leka membaca terkejut lalu buku yang dipegangnya terjatuh atas rumput..nasib baik tak basah..
‘ farah!! Habis jatuh buku aku..’ marah mia sambil memuncungkan mulutnya..
‘ ala..mia..aku mintak maaf sangat teruja tengok Rizal jaringkan gol..dah lah hensem, kaya, kapten bola sepak pula tu…hihi…’ jawab farah sambil mengambil buku mia..
‘ banyak lah kau..nasib baik tak baah tau rumput nie..kalau tak aku jaringkan kau dalam gol tu..’ jawab mia sambil mengecilkan matanya.
‘hehe..kan aku dah minta maaf tadi..sorry ye mia..cuba kau tengok Rizal tu hensem kan..’ soal farah sambil menunjukkan kepada damya muka rizal.
‘ memang hensem farah!! So…kau minat dia?’ usik damya sambil menyiku farah.
‘kalau boleh..memang nak..tapi dah ade girlfriend lah..’ jawab farah sedikit terkilan.
Sape? Aku tak tau pun..’soal farah sambil menaikkan keningnya..
‘ macam mana kau nak tahu..kalau dah hari-hari mengadap buku..sampai perangai kau pun macam buku..’ jawab farah selamba.
‘eihh…mulut kau jaga ye..buku nielah yang buat aku bergaji besar nanti..boleh tolong mak bapak aku..’ jawab damya sambil menunjukkan bukunya pada farah.
‘ yelah..ha..nama awek Rizal ,Miza..kenal?’ kata farah sedikit teruja semasa menyebut Miza.
‘ow..kenal..yang cantik tu kan? Memanglah sesuai Rizal dengan Miza tu..dua-dua ada rupa..kaya pula tu..’ jawab damya selamba sambil tersenyum.
‘Miza memang cantik..tapi dia gedik!..menyampah..apa yang Rizal cari kat Miza tu..kan bagus kalau dia couple dengan kau..Mia..mesti best..’ kata farah sambil ketawa kecil..
‘merepek apa kau nie..aku tak kenal dia pun..tiba-tiba je..eh..cubatengok tu..Miza lapkan peluh Rizal lah..’ kata damya sambil meluruskan telunjuknya kepada paangan tersebut.
‘wow! So romantic…’ kata farah sambil memejamkan matanya dan tersenyum sendirian..damya hanya mengeleng. Farah memang pantang nampak lelaki hensem tapi, farah bukan benar-benar suka pada lelaki-lelaki yang dia nak tu..sekadar untuk topik perbulan je..setelah habis masa PJ..semua pelajar masuk ke kelas..tiba-tiba ada surat di atas meja damya..
‘eh..mia.. ada surat lagi lah..wangi pula tu..surat cinta lagi kot mia..’ kata farah setelah ternampak sepucuk surat di atas meja damya. Mia membelek-belek surat yang ada di atas mejanya.
‘how’s cute kau dapat surat cinta mia..dalam sebulan mesti ada jesurat cinta atas meja kau..’ kata farah sendirian…mia hanya mampu mengeleng..mia membukan srat tersebut..tertulis..
Mia,
kan aku dah cakap adam minat kau..kau tak caye kat aku…see sekarang dah terbukti..’ jelas farah.
‘ tapi kan farah..aku tak suka dekat dia..’ kata damya perlahan.
‘ tu jelah ayat yang kau ucap kat aku setiap kali kau dapat suratmacam nie..’ jelas farah yang sudah muak ayat tersebut.
‘tak pelah..apa kata rehat nie..kau jumpa dia..cakap kat dia yang kau anggap dia sebagai kawan je..ok?’ soal farah serius.
‘ ok..teman aku boleh?’ soal damya.
‘ alah aku tak boleh lah..aku kena makan..’ jawab farah memberi alasan. Damya hanya berdiam diri..tiba waktu rehat..damya melihat adam di koridor..damya lantas mengambil posisi di sebelah adam..
‘ hye adam..’ kata mia mesra.
‘ eh..mia..tak rehat ke?’ jawab adam sedikit terkejut.
‘tak..mia tak lapar..ermm..pasal surat tu..mia minta maaf..’
‘…tak pe..saya dah agak dah..anggap je tak ada apa berlaku..’ pintas adam.
‘tapi kita boleh jadi kawan baik..’ kata mia sambil menjingkitkan keningnya.
‘kawan baik? Tu je?’ soal adam yang menginginkan lebih daripada kawan baik.
‘ sorry adam..’ jawab mia perlahan..
‘ tak pe..saya tak pakse pun..kita kawan ok..’ jawab adam ceria
‘kawan..’adam menghulurkan gelang silver halus yang cantik..
‘ apa nie..’ mia sedikit ragu dengan adam..
‘ nie gelang persahabatan kita..saya pun pakai..’ jawab adam menghilangkan keraguan mia padanya.
‘ow..okey..mia nak masuk kelas study..nak join?’ soal mia
‘ boleh jugak..lagipun tengah boring nie..’ jawab adam sambil mengorak langkah memasuki kelas. Selepas habis waktu rehat semua pelajar masuk ke kelas masing-masing. Damya menumpukan sepenuh perhatian. Matanya dan telingnya juga bertumpu dengan penuh perasaan dan perhatian.
‘mia..aku tak berapa nak fahamlah apa yang cikgu hazmah terangkan..entah apa benda yang dia merepek kat depan tu sorang-sorang..’ kata farah selamba.
‘ macam mana kau nak faham…kalau dah asyik tidur je dalam kelas..’ marah damya..
‘dia ajar ngantuk..aku tengok kau macam tak ada perasaan je dengan apa yang cikgu ajar kat depan..nanti aku terangkan..’
‘ ok..sayang kau mia..’ sambil memeluk bahu damya..
Esoknya, damya datang ke sekolah seperti biasa, harinya kurang ceria kerana farah tidak hadir kerana ke rumah ibu saudaranya. Keseoranganlah damya..nasib baik ada adam..boleh tamenkan..tapi sekejap je..lepastu adam pergi ke padang untuk menjalani latihan takraw. Cikgu pula tak masuk jadi ramailah budak dari kelas lain yang datang ke kelas mia. Jadi mia buat keputusan untuk belajar sendirian. Disebabkan boring mia menyanyi lagu Reflection yang dinyanyikan oleh mariah carey

‘awak ke yang nyanyi tadi?’ soal satu suara yang tidak pernah didengarinya, tangannya yang berurat itu ditapakkan di atas meja damya..damya perlahan-lahan melihat kearah muka lelaki tersebut..
‘RIZAL!’ hati damya menjerit …damya yang gelisah mengeleng..susuk tubuhnya memang menjadi idaman wanita, rupanya yang iras Cristiano Ronaldo membuatkan semua perempuan terpikat dan yang penting rambutnya…sama hairstyle macam Ronaldo.
‘ bohonglah..tak baik bohong taw..’ kata Rizal selamba sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan damya.
‘aku punye sukelah nak bohng ke apa ke...bukan kau tanggung dosa aku..’ kata damya perlahan supaya rizal tidak mendegarnya..
‘cakap apa tadi..?’soal rizal sambil menaikkan keningnya.
‘ha..tak ada apa-apa’ jawab damya sedikit terkejut..macam mana si rizal nie boleh dengar, padahal perlahan gila suara damya masa damya cakap tadi..kuat betul pendengaran rizal nie..
‘ pergi tempat lain lah..nanti marah pulak si miza tu..’ kata damya selamba sambil menyelak bukunya..
‘ehh…halau nampak??’ kata rizal
‘ bukan halau..nanti kalau dia nampak..habislah..’
‘ biarlah dia nampak..kalau dia apa-apakan awak..saya kan ada..’ kata rizal selamba. Damya hanya melemparkan pandangan sinis …rizal memang budak player dari cara dia cakap tadi…senang betul dia dapat pengganti..
Mentang-mentang muka tu hensem…habis kau fikir..kau boleh main tukar-tukar perempuan macam tu..sorrylah..salah orang kau nak mainkan…aku tak layan player macam kau..’ kata mia dengan muka sinis sambil matanya menatap bukunya..
‘ hey..apa marah-marah nie..gurau pun tak boleh?’
‘ bukan tak boleh...masalahnya kau kan ada Miza..pergilah bermesra dengan dia..apsal tiba-tiba dengan aku..aku tak kenal kau, kau pun tak kenal aku..so..jangan kacau aku!’ kata damya dengan marah sambil meninggikan suara semasa menyebut ‘jangan kacau aku’.
‘ sorry lah..kalau kacau awak..Damya Nur Qazrina’ kata rizal dengan muka blur..
‘ mane kau tau nama aku?’
‘tu’..kata rizal sambil memuncungkan mulutnya ke arah buku latihan yang tertulis namanya. Damya lantas mencapai buku tersebut dan memasukkan ke bawah meja. Belum sempat rizal berbual panjang, guru science masuk ke kelas damya. Damya pulang dari sekolah selalunya ditemani farah..hari ini damya terpaksa pulang sendirian.
‘ hye awek..sorang je ke?’ seru satu suara kasar yang cukup dikenali…ADAM..
‘ sorang je..farah tak datang lah hari ni..’ kata damya tanpa rasa terkejut..
‘ ow..ye ke..habis awak borak dengan sapa kat kelas tadi?’
‘ rizal..’ jawab damya pendek. Adam sedikit cemburu apabila mendengar nama Rizal keluar dari mulut damya. Walau apa pun adam sedar kalau damya memang tidak akan suka pada dirinya.adam mulai boleh menerima kalau hubngan antara dia dan damya hanya sebagai teman biasa. Mungkin boleh kekal kalau dibandingkan dengan bercinta. Damya fikir kepergian farah ke rumah ib usaudaranya sekejap saja..rupa-rupanya seminggu. Nampaknya seminggulah damya keseorangan..nak borak dengan adam..adam ada latihan takraw sepanjang minggu nie..
‘ adoii..pen aku jatuh pula..jauh pulak tu..arghh..’ keluh damya apabila pennya terjatuh jauh dari tempat duduknya..damya bangun dari kerusinya..damya baru perasan kalau penya bergolek ke kasut nike milik yang tidak pasti siapa..tapi yang pasti bukan pelajar kelas 4 Harmoni. Cikgu tidak masuk kebelakangan nie sebab peperiksaan sudah habis..hanya belajar untuk tingkatan 5 tahun depan. Tapi guru-guru nampaknya lebih sibuk dengan pelajar tingkatan 3. perlahan-lahan damya mndongak kepalanya..ternyata, pemilik kasut tersebut..
‘arghhh..budak nie lagi..hari-hari datang kelas aku..apa yang dia cari!’ hati damya menjerit dengan kedatangan rizal yang setiap hari ke kelasnya. Dengar cerita 2 minggu lagi pasukan bola sepak SMK Seremban Jaya akan berlawan dengan SMK Lukut..sekolah kami jadi tuan rumah. Rizal membongkok kan badannya sambil mengambil pen milik damya. Rizal tidak lantas memberi pen tersebut, tetapi memberi pandangan tajam terhadap damya. Damya lantas merampas pen dari tangan rizal.
‘ saya dah ambikkan..terima kasih pun tak ada..kurang adab betul’ kata rizal sambil melabuhkan punggung di hadapan damya. Damya hanya mendiamkan diri tanpa memandang rizal di depannya.
‘ rizal!! Apa yang awak buat kat sini?’ luah satu suara yang dibuat-buat..
‘ borak..ada masalah’ kata rizal selamba. Damya terpinga-pinga melihat pasangan ini. Bukankah mereka bercinta? Tapi kenapa macam dah putus?
‘ok..miza minta maaf pasal hari tu..miza tak ada maksud pun nak keluar dengan dia..’ kata miza
‘ lantak kau lah nak cakap apa miza. Kalau dah playgirl tu memang tak boleh ubah..lelaki selekeh macam dia pun kau layan kan.’ Terjah rizal selamba.
‘tapi..’ belum sempat miza bercakap, rizal lantas memotong.
‘ dahlah..masuk nie dah 3 kali aku bagi peluang untuk kau..masuk kali ke empat..kau boleh blah dari hidup aku..’ miza sedikit terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan rizal..miza yang terlalu malu mengorak langkah keluar dari kelas 4 Harmoni. Rizal kelihatan bengang. Rizal menekup mukanya dan mengeleng.
‘ ada masalah ke??’ soal damya sedikit ragu-ragu..kerana takut mencampuri urusan peribadi rizal.
‘ entahlah..makin galak miza duakan saya, sayang saya kat dia makin hilang..awak mesti pelik kan kenapa saya asyik masuk kelas nie je..’ soal rizal sambil tersenyum.
‘peliklah juga..kenapa?’ soal damya ingin tahu.
‘ tak tahulah..tiba-tiba je saya rasa macam saya suka awak..suka dengan sikap awak..jadi diri sendiri..tak macam perempuan lain..bila nampak saya semua perempuan pakat cover cantik..tapi awak..lainlah..tak hipokrit..’ jawab rizal terus terang..damya terkejut..dadanya berdegup kencang, tak pernah ada lelaki seberani rizal yang berani luahkan perasaan kepadanya. Sejujurnya, sejak pertama kali berbual dengan rizal..bosannya terisi. Damya menceritakan hal ini kepada adam dan farah..nampaknya mereka berdua menyokong apa pun keputusan damya..seminggu lepas tu..Mohd Rizal Khairil dan Damya Nur Qazrina sah sebagai couple di sekolah...
‘ saya nampak awak bukan main rapat dengan adam tu…ada apa-apa ke?’ soal rizal menduga.
‘ awak taukan..sebelum kita couple, saya memang dah rapat dengan adam..awak masih tak yakin kat saya ke?’ soal damya sedikit merajuk.
‘ tak..tanya je..kalau betul ok lah..tapi jangan ada scandal yer..saya tak suka’
‘ semua orang tak suka rizal..’ sambil menghulurkan senyuman.
‘dah lama saya nak bagitau benda nie..’ kata rizal sambil memandang tepat ke muka damya yang bersih dan mulus itu.
‘apa dia?’ sambil mengangkat kening..
‘mata awak cantik sangat...aset tu yang buat saya terpikat..’ kata rizal jujur sambil memandang tepat mata damya..damya yang tidak keruan..kerana pipinya mulai merah…rizal yang perasan..
‘ wah pipi dah merah..lagi comel..’ kata rizal selamba sambil ketawa..
‘rizal!!’ kata damya geram..