Assalamualaikum guys, harini topik dia
adalah scammer. Scammer ni basically kes cubaan menipu ke atas individu lain
untuk dapatkan wang atau barang berharga yang sewaktu dengannya. Cerita dia aku
baru je terkena tadi. Aku sekarang ni tengah tunggu panggilan interview, so
memang biasalah kalau nombor tak kenal tu aku main angkat je. Mana tahu ada
company panggil interview ke apa kan. So, dua hari lepas, ada Private Number
call aku, private number tau, so aku memang tak tahu berapa nombor dia. Aku pun
angkat, suara orang tu macam bangla-Indon sikit, aku tak berapa boleh paham apa
yang dia cakap. aku mati-mati ingat company nak panggil interview, tapi
peliknya apesal suara tak macam orang Malaysia, macam bangla kau tahu. Sumpah aku
tak faham apa dia cakap. aku pun layan je lah. Tiba-tiba dia kata aku menang
cabutan bertuah Maxis RM3000, aku terus pelik. Ye lah, number aku memang start
017 tapi actually aku dah convert number tu ke Celcom lama dah, 4 tahun lepas
aku convert. Aku terus ragu di situ tapi aku still layan game dia, dia kata
lagi aku kena cari ATM terdekatlah, lepastu kat situ dia akan ajar cara nak
keluarkan duit tu. makin lama aku sembang dengan dia makin aku tak faham, cakap
cam bangla, berpusing-pusing bahas Melayu kau. Langsung aku attack dengan
pertanyaan seperti di bawah:
Aku: You ni sebenarnya daripada mana?
Scammer: Saya dari Maxis Hotlink
Aku: Nama you apa?
Scammer: nama sayaaa (aku tak ingat nama
apa dia tibia, tapi nama Melayu lah)
Aku: I tak fahamlah you cakap tadi, you
orang Malaysia ke?
Scammer: Ya kak, saya orang malaysia.
Ingat aku baru setahun dua duduk Malaysia,
aku warganegara okay. Terus aku cakap kat dia call aku next time, sebab aku
tengah busy ni out station la apa bagai (padahal kerja pun tak) HOHOHOOOO then
aku letak telefon. Lepas je letak call, aku pun gigih google pasal benda ni. YEAHH!
Aku tahu dah ni scammer, apa bodoh suruh pergi ATM bagai, sekarang ni company
papehal hantar cek ke takpun panggil datang office claim duit. Ni tak, kena
pegi ATM lepastu sibuk nak ajar tekan apa tekan apa. Kalau korang nak tahu,
berdasarkan informasi yang aku dapat dari Google, scammer ni menggunakan modus
operandi yang sama, iaitu:
1.
Call and cakap diorang dari
Maxis, Celcom (Ikut pelan yang korang pakai)
2.
Bodohkan korang yang korang
dapat cabutan bertuah nilai riban riban
3.
Suruh pergi ATM machine secepat
mungkin supaya diorang boleh ajar cara nak keluarkan duit tu.
4. Lepasni aku tak sure apa jadi,
kemungkinan besar pukau. Sebab diorang tak mintak no akaun, diorang Cuma mintak
korang pergi ATM je and buat langkah 3 kat atas.
Benda ni tak terhenti di sini, agaknya mat
Bangla-Indon tu bagitahu geng dia yang aku faham apa dia cakap. dia call aku
lagi sekali, first dia call aku tak angkat. Kali ke-3 dia call aku angkat
jugaklah sebab nak tengok permainan dia macam mana (Rajin kan aku, biasalah
penganggur) kau tahu apa jadi, dah Mat Melayu pulak call aku. Sekarang ni
Melayu pun jatuhkan Melayu, what a shame! Dia pun explain balik la dari awal
and dia jugak kata yang dia call dari Maxis Centre Ampang, aku pun iyekan jeee
sampai dia habis explain. Masa tu pukul 3 lebih, dia tanya aku pakai kad ATM
apa, aku cakap la Ambank (sebab dalam Ambank takde duit) eh tiba-tiba lagi dia
kata dia dah call Ambank KL untuk aku buat pengeluaran RM3000. Dia tanya berapa
minit nak ke ATM and aku cakap setengah jam, bawah ni dialog dia:
Scammer: So, boleh tak cik bergerak ke ATM
sekarang dan buat pengeluaran sebelum pukul 4.
Aku: Bapak saya pakai kereta la, kereta ada
sebijik je kat rumah.
Scammer: Oh, tak boleh ke mintak tolong
jiran tumpangkan cik ke ATM.
Aku: Saya duduk kawasan kampong la, jiran
jauh.
Scammer: Jadi pukul berapa cik boleh pergi
ATM?
Aku: Malam karang la, dalam pukul 9.
Scammer: Confirm eh cik pukul 9? Kalau
macamtu malam nanti saya call lagi sekali.
END
Tapi malam tu dia tak call, eloklah tu aku
pun nak tengok sukan SEA ni Malaysia VS Myanmar. But then, tadi dalam pukul 9
dia call aku balik. Damn! Aku pun angkat, takpelah aku pun tengah free tak buat
apa. dia lagi sekali mintak aku pergi ATM sekarang jugak, nak dialog seperti di
bawa:
Scammer: Boleh tak cik pergi ke ATM
berdekatan sekarang?
Aku: Boleh, saya pun tengah kat luar
sekarang ni. Sekejap nak parking. Tunggu sekejap eh. (Dalam pada tunggu sekejap
tu, aku bisik kat mak aku, kalau Nampak aku macam lain macam kena pukau ke apa cepat-cepat
pegang aku kuat-kuat. Mak aku dah risau dah sebenarnya. Tapi, aku suruh mak aku
chill)
Scammer: Okay sekarang dah kat ATM cik ye? Saya
nak bagi cik cara tebus RM3000 tu.
Aku pun okay kan je lah, dia suruh aku
masukkan ATM card, masukkan nombor pin. Lepastu dia suruh tekan Menu, aku
cakaplah aku dah tekan. Tiba-tiba dia tanya apa yang tulis kat Menu tu? Adoiii
kantoi, mana aku tahu. Aku pun pusing balik cerita, aku cakap:
Aku: Alamak, Menu? Saya suruh pergi ATM ke?
Saya log in kat AmBank Online je ni.
Scammer: Cik, kan saya dah pergi ATM,
ATMMM. (Eh, marah aku pulak, aku terus load speaker bagi mak aku dengar sekali)
Aku: Lah ye ke, saya ingatkan kat Ambank
Online pun boleh. Tak boleh eh?
Scammer: Cik kena pergi ATM untuk lakukan
penebusan.
Aku: Tapi, sama je. Saya tengok dalam
online banking ni takde pun masuk duit.
Scammer: Ye cik, sekarang ni saya nak ajar
cik lakukan penebusan. Boleh tak cik pergi ke ATM sekarang?
Aku: tak boleh lah, tak lalu. Tadi jem, so
tak boleh nak masuk simpang ke bank (pusing alam wei!)
Scammer: Cik nak ke tak nak duit ni cik
sebenarnya? Malam ni last cik untuk buat penebusan)
Aku: macam ni lah, bagi saya call Maxis
Centre dulu untuk buat pengesahan pasal benda ni.
Scammer: Cik, Maxis tak tahu pasal benda
ni, sebab cabutan bertuah ni dari office saya (Dah, lain pulak, haritu dok kata
kerja dengan Maxis, ni lain pulak.)
Aku: sekarang ni awak yang cakap awak kerja
dengan Maxis Centre kat Ampang. Supposedly, mestilah Maxis tahu. Macam mana
pulak awak bekerja dengan Maxis tiba-tiba Maxis tak tahu pasal benda ni.
Scammer: Sekarang ni cik nak ke tak nak
duit ni? (Nada dah lain macam dah)
Aku: Macam ni, saya tak hingin pun duit tu,
awak ambiklah saya sedekah.
Korang nak tahu apa dia cakap lepastu? Ni dia
cakap:
Scammer: Lain kali cakaplah betul-betul.
BODOHHHHH!
Aku: Amboii, marahnyaa.
Marah betul scammer tu, tak pasal-pasal aku
kena makin pulak. Saja je sebenarnya nak habiskan kredit dia. Dekat 10 minit
jugak sembang tadi. So, berhati-hati okay dengan diorang ni. Kita penat-penat
cari duit, dia senang-senang nak scam. By the way, aku ni penganggur, so duit
aku tak banyak mana. Buang masa je scam aku. Itu sahaja dari saya, thanks for
reading and byeeeeee
No comments:
Post a Comment