Alhamdulillah, dah konvo dah kita. Actually, aku dah konvo lama dah. Bulan 11 2017, tapi aku tulis ni masa bulan Ogos. Huhuuu, baru free beb nak berblog balik.
Seronok wei konvo, dapat jumpa kawan-kawan, congrotulate each other, dapat jumpa junior-junior. Best gila! Sehari sebelum konvo aku tak expect pun ada pre-konvo bagai. petang tu masa nak ambil jubah. roomate aku ajak pegi ambik gambar, aku pun angkut la member-member yang lain sekali. Sampai sana, rupanya roomate aku ni hire photographer. Patut ler sibuk suruh pre-konvo. Acah-acah je perempuan ni :\
Esoknya, hari konvo. Aku duduk jauh kot dari kawan-kawan yang lain sebab kat dalam dewan susunan naik ke pentas ikut nama. Sampai kat aku, huruf R. Suram betul. keluar-keluar je terus cari family. Orang first yang dipeluk pastinya my omak! Menangis mak iols :(
Sunday, August 5, 2018
Tuesday, August 22, 2017
Scammer: Cabutan bertuah RM3000
Assalamualaikum guys, harini topik dia
adalah scammer. Scammer ni basically kes cubaan menipu ke atas individu lain
untuk dapatkan wang atau barang berharga yang sewaktu dengannya. Cerita dia aku
baru je terkena tadi. Aku sekarang ni tengah tunggu panggilan interview, so
memang biasalah kalau nombor tak kenal tu aku main angkat je. Mana tahu ada
company panggil interview ke apa kan. So, dua hari lepas, ada Private Number
call aku, private number tau, so aku memang tak tahu berapa nombor dia. Aku pun
angkat, suara orang tu macam bangla-Indon sikit, aku tak berapa boleh paham apa
yang dia cakap. aku mati-mati ingat company nak panggil interview, tapi
peliknya apesal suara tak macam orang Malaysia, macam bangla kau tahu. Sumpah aku
tak faham apa dia cakap. aku pun layan je lah. Tiba-tiba dia kata aku menang
cabutan bertuah Maxis RM3000, aku terus pelik. Ye lah, number aku memang start
017 tapi actually aku dah convert number tu ke Celcom lama dah, 4 tahun lepas
aku convert. Aku terus ragu di situ tapi aku still layan game dia, dia kata
lagi aku kena cari ATM terdekatlah, lepastu kat situ dia akan ajar cara nak
keluarkan duit tu. makin lama aku sembang dengan dia makin aku tak faham, cakap
cam bangla, berpusing-pusing bahas Melayu kau. Langsung aku attack dengan
pertanyaan seperti di bawah:
Aku: You ni sebenarnya daripada mana?
Scammer: Saya dari Maxis Hotlink
Aku: Nama you apa?
Scammer: nama sayaaa (aku tak ingat nama
apa dia tibia, tapi nama Melayu lah)
Aku: I tak fahamlah you cakap tadi, you
orang Malaysia ke?
Scammer: Ya kak, saya orang malaysia.
Ingat aku baru setahun dua duduk Malaysia,
aku warganegara okay. Terus aku cakap kat dia call aku next time, sebab aku
tengah busy ni out station la apa bagai (padahal kerja pun tak) HOHOHOOOO then
aku letak telefon. Lepas je letak call, aku pun gigih google pasal benda ni. YEAHH!
Aku tahu dah ni scammer, apa bodoh suruh pergi ATM bagai, sekarang ni company
papehal hantar cek ke takpun panggil datang office claim duit. Ni tak, kena
pegi ATM lepastu sibuk nak ajar tekan apa tekan apa. Kalau korang nak tahu,
berdasarkan informasi yang aku dapat dari Google, scammer ni menggunakan modus
operandi yang sama, iaitu:
1.
Call and cakap diorang dari
Maxis, Celcom (Ikut pelan yang korang pakai)
2.
Bodohkan korang yang korang
dapat cabutan bertuah nilai riban riban
3.
Suruh pergi ATM machine secepat
mungkin supaya diorang boleh ajar cara nak keluarkan duit tu.
4. Lepasni aku tak sure apa jadi,
kemungkinan besar pukau. Sebab diorang tak mintak no akaun, diorang Cuma mintak
korang pergi ATM je and buat langkah 3 kat atas.
Benda ni tak terhenti di sini, agaknya mat
Bangla-Indon tu bagitahu geng dia yang aku faham apa dia cakap. dia call aku
lagi sekali, first dia call aku tak angkat. Kali ke-3 dia call aku angkat
jugaklah sebab nak tengok permainan dia macam mana (Rajin kan aku, biasalah
penganggur) kau tahu apa jadi, dah Mat Melayu pulak call aku. Sekarang ni
Melayu pun jatuhkan Melayu, what a shame! Dia pun explain balik la dari awal
and dia jugak kata yang dia call dari Maxis Centre Ampang, aku pun iyekan jeee
sampai dia habis explain. Masa tu pukul 3 lebih, dia tanya aku pakai kad ATM
apa, aku cakap la Ambank (sebab dalam Ambank takde duit) eh tiba-tiba lagi dia
kata dia dah call Ambank KL untuk aku buat pengeluaran RM3000. Dia tanya berapa
minit nak ke ATM and aku cakap setengah jam, bawah ni dialog dia:
Scammer: So, boleh tak cik bergerak ke ATM
sekarang dan buat pengeluaran sebelum pukul 4.
Aku: Bapak saya pakai kereta la, kereta ada
sebijik je kat rumah.
Scammer: Oh, tak boleh ke mintak tolong
jiran tumpangkan cik ke ATM.
Aku: Saya duduk kawasan kampong la, jiran
jauh.
Scammer: Jadi pukul berapa cik boleh pergi
ATM?
Aku: Malam karang la, dalam pukul 9.
Scammer: Confirm eh cik pukul 9? Kalau
macamtu malam nanti saya call lagi sekali.
END
Tapi malam tu dia tak call, eloklah tu aku
pun nak tengok sukan SEA ni Malaysia VS Myanmar. But then, tadi dalam pukul 9
dia call aku balik. Damn! Aku pun angkat, takpelah aku pun tengah free tak buat
apa. dia lagi sekali mintak aku pergi ATM sekarang jugak, nak dialog seperti di
bawa:
Scammer: Boleh tak cik pergi ke ATM
berdekatan sekarang?
Aku: Boleh, saya pun tengah kat luar
sekarang ni. Sekejap nak parking. Tunggu sekejap eh. (Dalam pada tunggu sekejap
tu, aku bisik kat mak aku, kalau Nampak aku macam lain macam kena pukau ke apa cepat-cepat
pegang aku kuat-kuat. Mak aku dah risau dah sebenarnya. Tapi, aku suruh mak aku
chill)
Scammer: Okay sekarang dah kat ATM cik ye? Saya
nak bagi cik cara tebus RM3000 tu.
Aku pun okay kan je lah, dia suruh aku
masukkan ATM card, masukkan nombor pin. Lepastu dia suruh tekan Menu, aku
cakaplah aku dah tekan. Tiba-tiba dia tanya apa yang tulis kat Menu tu? Adoiii
kantoi, mana aku tahu. Aku pun pusing balik cerita, aku cakap:
Aku: Alamak, Menu? Saya suruh pergi ATM ke?
Saya log in kat AmBank Online je ni.
Scammer: Cik, kan saya dah pergi ATM,
ATMMM. (Eh, marah aku pulak, aku terus load speaker bagi mak aku dengar sekali)
Aku: Lah ye ke, saya ingatkan kat Ambank
Online pun boleh. Tak boleh eh?
Scammer: Cik kena pergi ATM untuk lakukan
penebusan.
Aku: Tapi, sama je. Saya tengok dalam
online banking ni takde pun masuk duit.
Scammer: Ye cik, sekarang ni saya nak ajar
cik lakukan penebusan. Boleh tak cik pergi ke ATM sekarang?
Aku: tak boleh lah, tak lalu. Tadi jem, so
tak boleh nak masuk simpang ke bank (pusing alam wei!)
Scammer: Cik nak ke tak nak duit ni cik
sebenarnya? Malam ni last cik untuk buat penebusan)
Aku: macam ni lah, bagi saya call Maxis
Centre dulu untuk buat pengesahan pasal benda ni.
Scammer: Cik, Maxis tak tahu pasal benda
ni, sebab cabutan bertuah ni dari office saya (Dah, lain pulak, haritu dok kata
kerja dengan Maxis, ni lain pulak.)
Aku: sekarang ni awak yang cakap awak kerja
dengan Maxis Centre kat Ampang. Supposedly, mestilah Maxis tahu. Macam mana
pulak awak bekerja dengan Maxis tiba-tiba Maxis tak tahu pasal benda ni.
Scammer: Sekarang ni cik nak ke tak nak
duit ni? (Nada dah lain macam dah)
Aku: Macam ni, saya tak hingin pun duit tu,
awak ambiklah saya sedekah.
Korang nak tahu apa dia cakap lepastu? Ni dia
cakap:
Scammer: Lain kali cakaplah betul-betul.
BODOHHHHH!
Aku: Amboii, marahnyaa.
Marah betul scammer tu, tak pasal-pasal aku
kena makin pulak. Saja je sebenarnya nak habiskan kredit dia. Dekat 10 minit
jugak sembang tadi. So, berhati-hati okay dengan diorang ni. Kita penat-penat
cari duit, dia senang-senang nak scam. By the way, aku ni penganggur, so duit
aku tak banyak mana. Buang masa je scam aku. Itu sahaja dari saya, thanks for
reading and byeeeeee
Tuesday, August 15, 2017
Praktikal di Matrix Concepts Seremban
Welcome back dearself! Fuhhh lama betul tak
update blog. 2, 3 tahun ada? Motif aku tulis blog ni sebab aku nak share momen
praktikal yang aku harung lebih kurang 5 bulan memandangkan aku tengah
menganggur skarang. Kejap je dah habis 4 tahun degree, Alhamdulillah! I’m so
bless. Let’s start.
First, cari tempat praktikal memang boleh
migraine kepala. Kau bayangkan 3 minggu nak habis study, aku still tak jumpa
tempat praktikal. Aku kalau boleh nak company besar, so then aku senang nak
dapat kerja sebab background company tempat praktikal yang dah tip top. Setiap
kali bangun tidur mesti aku macam resah semacam sebab tempat intern tak dapat
lagi. So, aku decided untuk bangun dan terus buka laptop. Takdenya nak
main-main henfon bagai. Serius sikit! Cari punya cari aku jumpa satu developer
company Matrix Concepts Holdings Berhad kat Seremban. Wow! Besar company ni.
Aku pun terus cari email HR, bingo! Jumpa pun. Aku pun email. Lepastu aku
siap-siap mandi semua sebab ada kelas pukul 2 petang.
Dalam pukul 5 camtu, ada nombor tak
dikenali call aku. So, aku tak fikir apa aku angkatlah. Sekali dia Tanya nama
semua and bagitahu dia call dari Matrix Concept. Aku rasa nak sujud syukur kot
masa tu. Elok-elok dekat kafe nak beli makanan, terus kenyang. Dia offer intern
kat Matrix at Sales Admin Department. Aku pun tanpa fikir panjang, aku accept!
Settle! Sebab company ni besar, so dia minta masuk awal. Awal dia tu seminggu
lepas aku final terus lapor diri. Supposedly, intern 4 bulan je, so aku
advanced sebulan. Why not! 1 month advanced of experience.
First day aku intern, nasib baik aku tak
pakai baju kurung, kena pulun belajar kaw kaw kot hari first tu. Turun naik
hantar dokumen, ambik dokumen, bawak dokumen pegi hantar sign kat director,
filing bagai. Cari dokumen untuk manager lagi. Load of tasks! Admin punya job
scope memang gila and kalau kau dapat epartment bahagian, make sure kau boleh
buat 2, 3 kerja dalam 1 masa. Macam tu la aku, tak sempat cari dokumen yang
manager nak, dah orang lain panggil suruh buat itu ini. Aku rasa macam kena
guna-guna pun ada kat sana. But it’s okay, kalau korang boleh pernah intern,
aku bagitahu siap. Ni la kerja budak-budak praktikal, tolong semua orang dalam
department kau. Matrix memang 80% Chinese, 19% Malay and 1% Indian, nasib baik
dalam department aku tu ada 3 orang Malay, so boleh coop la dengan diorang.
Kalau yang Chinese aku lambat sikit nak rapat dengan diorang sebab diorang
macam sombong, kerek sikit. That’s okay! Kau buat je kerja kau Ika, don’t
bother the others.
Admin Crew (Masa ni dah rapat dahh) |
Nah, close up sikit |
Actually, aku jenis suka challenge diri aku
sendiri and aku suka suasana sibuk, and kalau boleh aku tak nak tengok jam pun.
Pejam celik dah pukul 6. How nice kan kalau cenggitu! Dari kau duduk saja tak
buat apa-apa. Banyak benda aku belajar kat Matrix, selain pengalaman memori pun
kena datang seiring. Apa guna kalau kau bangun tiap pagi nak pegi kerja, tapi
kau tak happy. So, aku akan try buat baik dengan semua orang dalam company tu
supaya aku boleh coop dengan surrounding company tu, tak nak la kalau lalu
sebelah tu buat bodoh. Kalau boleh bila terselisih tu, tegur and gurau. Itu
yang aku nak. It’s happen after 2 months I did my training there. Dalam tempoh
2 bulan tu aku dah close dengan semua orang dalam department tu. Sebulan
sebelum aku habis intern, dengar cerita ada sorang staff nak quit. So sad, sebab
dia banyak jugak bagi aku kerja, aku suka buat kerja dia sebab dia suruh key in
house reservation and house registration. Kadang-kadang sampai 50 customers aku
kena key in, gila happy aku buat kerja tu sebab dia makan masa yang lama. So,
bila tengok jam, kejap je masa dah berlalu.
hello!The closest one, ada lagi sorang tapi takde gambar |
Dia ni antara staff yang aku suka kacau kat sana, HAHAHAA |
Bahagian Admin ni memang menyeluruh
experience yang aku dapat. Aku ni dari zero tak tahu apa-apa pasal proses
pembelian rumah, sekarang ni knowledge aku dah separuh penuh dah. Hebat betul
impak dia. Tapi kena rajin tanyala, kalau ada officer suruh aku buat apa-apa,
aku akan tanya kenapa kena buat benda ni, benda ni untuk apa. Banyakla soalan
aku, HAHAHAAAA. Yelah, nak tulis dalam report kot, kena la tanya. Honestly, aku
punya manager super garang, aku memang tak nak duduk diam kalau boleh takut dia
marah sebab tak buat apa-apa kerja. Bila aku takde kerja, aku akan pegi meja
akak sorang ni and mintak kerja kat dia. Kadang-kadang staff kat situ sampai
takde kerja sebab aku ambik kerja diorang. HUHUHUHUHUUU aku filing kurang sikit
sebab aku malas buat filing. Tahu apa paling aku suka? Aku suka attend
customers yang nak ambik Sales and Purhase Agreement (S&P) or refund cheque
sebab aku suka cakap, aku suka explain. Diorang tak mintak explaination pun aku
tetap nak explain. Bagi diorang faham siap-siap. Kalau bernasib baik dapat
customer yang HELOK aku lagi suka lama-lama attend dia. HAHAHAHAAA, biasalah
darah muda.
Club House Sendayan, tak sempat nak swimming :( |
Lepas 5 bulan menghampiri, aku ada juga
tanya kalau –kalau ada vacancy untuk bahagian Admin, sadly no vacancy L semua staff kat situ Nampak aku punya potential, kerja aku macam
mana. Kat situlah aku tahu kekuatan and kelemahan aku. Apa yang aku tahu,
strength aku adalah aku ni fast learner, apa yang diorang ajar cepat je masuk
dalam kepala. Aku pun takde masalah nak buat banyak kerja dalam satu masa.
Kesibukan kat Matrix jugalah yang buat aku untuk buat kerja cepat dan cekap.
Tapi, tu lah tak ada rezeki, takpelah
mungkin ada tempat lain yang lagi baik untuk kau.
Last but not least, payung sikit. aku suka selfie sebelum masuk kerja, muka fresh la katakan |
OMAK KAU TERKOJUT! HAHAHAHAA. THANKS GUYS BACA |
So, kalau ada sesiapa yang dapat intern di
Matrix soon I wanna wish best of luck! Do your best. Kerja company cina ni lain
sikit, Chinese punya first impression adalah mind set diorang untuk kau sampai
kau habis intern. Unless, kau baik dengan diorang and willing to learn. Don’t
say NO when they ask you to do something because internship is the platform
where you can learn more and gain more. Siapa yang sedang mencari tempat
intern, aku syorkan apply company besar and kalau boleh apply private company.
Exposure private dengan government company sangat jauh berbeza. Mostly
government tak bagi kau buat banyak kerja, tapi private kau akan dapat
pendedahan yang lagi luas. Tu je dari akak senior, bye!
Monday, November 23, 2015
Jalan-jalan Jitra
Assalamualaikum,
Walaupun esok mid-term, aku gigih jugak nak update blog. Kali ni wajib update babe sebab dapat jumpa kakok-kakok senior kami. Since diorang baru habis praktikal, kami ingat nak jumpa and sembang puas-puas. Kami mulakan dengan makan (of course! Cari makan dulu sebelum buat benda lain.)
Sebelah Boat Noodle, terletaknya Fridate. Butik kesukaan ramai, barang kat situ buat aku terpesona. Tak ada benda lain yang lebih mempesona melainkan NYX SMLC RM26. Palehotak murah! Kami pun apa lagi, grab satu sorang. Tercapai gak hajat aku nak Cannes. Hard to find guys.
Tak puas berjalan punya pasal, kitorang rayau semua Butik Vendor kat Jitra ni. Apa yang laing buat aku kagum adalah, ada satu lot rumah kedai ni, berderet Butik Vendor. Orang kedah, tak payah gelabah sangatlah nak pergi Aman Sentral, kat butik vendor tu kau boleh dapat kualiti lagi baik and murah dari Aman Sentral (Yelah, Aman Sentral penuh dengan kedai baju branded, memanglah mahal). But, seriously baju, skirt, tudung kat butik vendor tu cantik kau!
Walaupun esok mid-term, aku gigih jugak nak update blog. Kali ni wajib update babe sebab dapat jumpa kakok-kakok senior kami. Since diorang baru habis praktikal, kami ingat nak jumpa and sembang puas-puas. Kami mulakan dengan makan (of course! Cari makan dulu sebelum buat benda lain.)
Kami baru selesai melantak, boleh la, first time kot makan benda ni. Rasa macam tak kenyang, balik cari nasik gak. Muka masing-masing maintain happy.
Kami tengok orang lain makan sampai bermangkuk-mangkuk, kami ambik 10 mangkuk je cukup lah.
Tak puas berjalan punya pasal, kitorang rayau semua Butik Vendor kat Jitra ni. Apa yang laing buat aku kagum adalah, ada satu lot rumah kedai ni, berderet Butik Vendor. Orang kedah, tak payah gelabah sangatlah nak pergi Aman Sentral, kat butik vendor tu kau boleh dapat kualiti lagi baik and murah dari Aman Sentral (Yelah, Aman Sentral penuh dengan kedai baju branded, memanglah mahal). But, seriously baju, skirt, tudung kat butik vendor tu cantik kau!
Sementara tunggu yang lain shopping, aku berkasih kejap dengan kakok-kakok
Shopping done! dah jom balik. Sat, selfie satu. LULZ
Jangan cakap akak tak payung.
Friday, October 9, 2015
Tips Perniagaan Online
Assalamualaikum.
Well, harini aku nak share pasal tips perniagaan online based on my experience. Sekarang ni, mostly orang nak bisnes, and bisnes paling simple and tak banyak pakai duit is online business. Yelah, jimat kot. Kau tak payah nak bayar sewa kedai, duit elektrik bagai. Tak payah nak duduk tertonggok kat dalam kedai tunggu customer masuk. Kalau ada customer masuk pun belum tentu nak beli. Dapat pulak customer macam aku ni, yang suka jalan-jalan dalam kedai cuci mata. Hohohooo..
Okay, aku faham kalau korang cakap business online ni susah nak dapat customer. Memang agak susah, tapi tak adalah susah sangat. Macam-macam medium dah orang guna sekarang untuk online business. Tapi, medium paling baik is Instagram. Sumpah! It was more efficient rather than Facebook.
Let's start with FACEBOOK. Korang boleh pilih sama ada nak promote apa yang korang jual guna FB korang sendiri. Tapi, bagi aku lebih baik korang buka satu page untuk iklankan produk korang tu. Yelah, tak ke semak kawan korang kat Facebook asyik tengok produk korang je yang diupdate hari-hari. Okey, settle buka page Facebook, gain likers. Macam mana? Letak video or gambar yang menarik dekat page, lepastu suruhlah kawan-kawan or satu kampung share video or gambar tersebut. Ada faham? Good job guys! Bila ramai yang share, page korang akan automatik merebak di wall kawan kepada kawan-kawan korang tadi. Then, follow la page iklan di mana korang boleh iklankan produk yang korang jual tu. Tapi, pleaselah make sure page iklan tu aktif. Contohnya, page 'Iklan Laju-Laju'. Page ni memang aktif dan terbaik. Cepat je dapat customer. Siapa yang banyak duit tu, bolehlah buat iklan dengan Facebook. Bayaran dia boleh cek sendiri, sebab aku pun dah tak ingat.
After that, Instagram. Medium paling efficient seperti yang aku katakan di atas tadi. Actually, aku pun ada buat bisnes online. Boleh follow bagi sesiapa yang minat Band T-shirt ( Ig: Thankyoutee). Instagram ni paling senanglah sebab mostly orang scroll Intagram macam baca surat khabar and baca komik kau tahu. Setiap minit cek gambar kat Instagram. Macam mana bisnes melalui Instagram?
Okey. Kau boleh buat giveaway Tag and Win (Eg: Customer kau kena repost, tag 5 kawan dan kau akan pilih pemenang di kalangan diorang secara random.) Bila dia tag kawan-kawan dia, Instagram kau akan tersebar meluas dan kau boleh dapat followers dengan mudah dan berbisnes dengan rancak. Kedua, meniaga online ni tak boleh kedekut. Cuba try bagi produk korang kat artis or Insta Femes (Individu yang ada ramai followers dan ramai likers.). Nanti lepas kau pos produk kau dekat Insta femes, dia akan tag barang yang kau bagi tu dekat Insta dia dan kau boleh gain more followers. Aku pernah bagi produk aku kat sorang Insta Femes ni and followers aku mencanak naik 500+! That was WOW! Lepastu, Ig Review dengan artis or Insta Femes. Kau email dia dan tanya berapa bayaran untuk Ig Review, mostly diorang charge RM100 ke atas. Tapi, aku tak ada duitlah nak bayar banyak tu. So, aku prefer bagi Gift dari buat Ig Review.
Lagi satu adalah dengan menggunakan simbol Hashtag(#). Tapi, make sure account Istagram korang tak private bila letak Hashtag. Lagi senang orang nak cari barang. Contoh macam kau jual Baju Kurung, kau boleh guna #BajuKurungMurah. Semudahkan ABC kan? Bagi yang kedekut tu, tak apa. Ada satu lagi alternatif iaitu....Spam 'Visit my Ig'. Hahahaha, dulu aku buat juga. Padan muka aku kena Block. Hohohooo. Tak baiklah buat macam tu sebenarnya. Tapi, kalau nak buat juga apa salahnya. Cuma janganlah spam banyak-banyak. Hahaha. That's all for today.Thanks for reading guys. Apa-apa nak tanya, comment below eh.

Friday, January 30, 2015
Ada bakat Menulis?
Assalamualaikum kawan-kawan,
Hari ni aku nak sembang pasal satu blog ni. Apa nama blog tu? Nama blog tu adalah
CERPEN PUBLISHER. Apa yg best sangat pasal blog ni? Blog ni akan jadi best gila kalau korang adalah pembaca novel tegar.
Yes! seriously!
Go surf blog ni. Korang jugak boleh serlahkan bakat korang dengan hantar karya korang kat CERPEN PUBLISHER nih. Nanti diorang akan publish karya korang dekat blog tu andsemua orang boleh baca. Dalam diam, korang dah ada peminat. Bayangkan, kalau korang kena puji and diorang mintak lagi karya dari engkau. Best tak best!
Apa lagi, pergi cepat baca blog tu. Blog tu baru je ditubuhkan. So, jom kita reramai support.

Thursday, November 20, 2014
Tips Budak UUM Macam Aku.
Assalamualaikum,
Dewan MAS
Tasik Guthri
Saya dan cik Rusa.
Belanja sikit : Saya di Fakulti.
Apa yang Best sangat UUM ni?
- Korang dapat rasa hidup dalam kampus.(UUM besar sampai korang tak kan habis explore sampai hujung sem.)
- Tak payah susah-susah cari rumah sewa (UUM sediakan kolej penginapan.)
- UUM ada Mall ! (U lain hado? tak ado, dalam Mall ada macam-macam, from head to toe.)
- UUM punya pesta konvo paling havoc setakat ni ( Berpesta la seminggu. Tak ada transport? tak apa, UUM supply bas setiap setengah jam. Berpesta la korang. )
- Korang tak payah pergi Zoo. ( UUM ni memang Zoo. nak apa ? cakap. Ostrich ? Kuda farid Kamil (Prince) ? , Monyet ? Rusa ? Ada. Jangan risau.)
- Entertainment dan Dakwah ( Ni untuk yang stress buat assignment kat bilik. UUM banyak sangat buat program. Korang tak kan menyesal.)
- UUM ada bas rapid. Lebih efisien (Pembaharuan kat UUM, dulu kami pakai bas lama yang bila driver bawak laju macam haram, semua student terjatuh-jatuh.)
- Makan sedap dan murah. (Semua harga makanan kat UUM dah dikawal oleh pihak berwajib yang nama dia aku tak ingat. Apa yang sedap? Tomyam Petronas, Nasi campur MISC, nasi lemak EON, ABC Pusat Islam, Shawarma Mall.)
- Facilities yang lengkap dengan yuran yang berpatutan. (Tempat study banyak sangat, bas awesome, satu bilik 2 orang je, WiFi terlajak laju.)
- Pusat sukan terlebih lengkap. (Siapa kata dalam hutan tak boleh kekal sado. Pusat sukan ada macam-macam. Court untuk Tennis, basketball, bola tampar, badminton, sqush, Gym for boy and girls, swimming pool, kayak, go-kart, futsal, football
Baru masuk ? Sini nak bagi tips.
Naik Bas.
- Laluan A ( Tradewind, TNB, Proton, MAS)
- Laluan B (MISC, TM, Sime Darby, Eon, PETRONAS)
- Laluan C (Muamalat dan YAB)
- Laluan D (Bank Rakyat dan SME Bank.)
Naik Bas yang betul na, jangan salah naik pulak. Kalau pakcik tu baik hati dia hantar la kau balik kolej penginapan. Kalau jenis pakcik Kerek sikit, kau turun la kat situ, naik lah bas apa-apa.
Cafe lain selain dekat kolej penginapan ?
Ada ! sini nak lanje.
- Red Cafe (depan library, kaler merah dia lah tu. Jangan pakai cecantik sambil pegang iPhone. Nanti dia charge mahal. Seriously.)
- Lego (Dekat COB, banyak kedai. Pilihlah nak mana.)
- Cafe Library (Betul-betul depan library. jarang makan sana sebab tak banyak pilihan.)
- Bistro Cafe ( belakang mall, dekat dengan susur gajah. Ada western Food, open untill 2.00 am tak silap.)
- Carrack Cafe (Dekat dengan Bistro, bawah tangga. Ada meatball.)
- Cafe Mall. (makanan goreng-goreng)
- Cengkih (Dekat COLGIS)
- RoundBoard ( luar sikit dari UUM, ada kereta boleh la.)
- Chiang Mai (Luar UUM, belakang steamboat, sedap pasti nak lagi.)
- Coolblog (dekat Mall.)
P/S : Bas ke Changlun ada dari hari Ahad-Khamis sahaja start pukul 4.30 pm -10.00 pm.
Dah cukup ke belum apa yang aku taip ni? kalau nak tahu banyak lagi, drop komen. Kalau ada jawapan aku jawab lah. See Ya !