photo home-2.jpg  photo kryabelog-2.jpg  photo tips-2.jpg

Followers

Eh..Eh..Thank You singgah, Nak stalk silakan, Follow sekali okay :)

Thursday, November 20, 2014

Saya lah peminat The Vamps tu

Assalamualaikum,



Aku ni sangat suka dan obses pada muzik sampaikan nak pergi mana-mana kena pasang lagu. Tak kisahlah dalam kereta ke, dalam train ke, nak balik naik bas ke. Semua kena ada muzik, kalau tak ada, hidup aku seolah sunyi sepi dan hambar. Kiranya, muzik ni terapi lah.

Nak dijadikan cerita, masa aku tak buat apa kat rumah. Aku pun bukaklah channel 705, Hitz. Semua English Song dah tengok video clip. Tiba-tiba next song dia Wild Heart by The Vamps. Ha! Kat situlah, aku start kenal The Vamps. Google punya Google, The vamps consists of 4 young boy yang aku rasa umur diorang area 19 - 23 (Kot, tak sure). Brad (Vocalist), Connor Ball (guitarist), James (Bass) dan last sekali Tristan Evans (Drummer). Starting diorang cuma cover lagu orang je and masukkan dalam Youtube. Bila ramai view, ada lah fans kan. And diorang start buat lagu sendiri sampailah famous macam sekarang and debut First Album iaitu MEET THE VAMPS.

Tak kenal ? Meh sini Hakak lanje sikit.



 Masa aku tengah duduk dalam bas on the way nak balik kolej penginapan. Berkemundang pulak lagu Somebody To You. Okey, lagu dia dah start famous kat radio Malaysia. Happy la aku masa tu, yang minat muzik mesti faham. macam, the feeling when your favourite song being played on radio.

Bila aku tak ada kerja, WiFi pulak laju kemain. Youtube la! bila dah minat sangat dengan The vamps ni, aku akan cari semua lagu dia and dengar. mana yang sedap and kena dengan aku, download and dengar sampai 44 hari. Siapa macam ni jugak? Sep sikit!

Sini aku nak belanja top song The Vamps yang kena dengan aku.

  1. Somebody To You 
  2. Move My Way
  3. Golden
  4. Wild Heart
  5. Last Night
  6. Can We Dance
  7. On The Floor
  8. Oh Cecilia
Semua lagu ni bermelodikan kerancakan. Sapa yang sekepala dengan aku, dengar and download. Tu je untuk sesi kali ni. Nice day korang :)





 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

Monday, September 29, 2014

Finally! Kita ada twitter

Assalamualaikum

Sekarang ni semua orang boleh nampak kot, teknologi terlalu advanced. Tengok je lah, pegi mana-mana, semua pakat pegang gadget masing-masing. Tak kisah lah benda tu secondhand ke threehand ke, as long as can we can access the internet. Tak jadi masalah. Communication pon macam tu, siapa yang tak ada whatsapp, member lain mesti akan pelik and kata 'Seriously kau tak ada whatsapp?! Kau pakai henpon ape doe?!' ataupun 'Beli la data, bukan mahal mana pon. Susah lah aku nak contact kau kalau tak ada whatsapp.' Antara ayat cliche yang aku selalu dengar.

Macam tu jugak dengan application lain macam Instagram, Facebook and Twitter. Aku tak lah seaktif macam yang lain. Ramai member aku yang guna Twitter, semua pakat-pakat tweet and mention orang walaupun orang yang dia mention tu ada depan mata dia. Contohnya 'Somel la awak ni,Sia tak kuad @....' padahal, tengah date satu meja. Arghh...

So, nak dijadikan cerita, disebabkan member lain ada Twitter and aku sorang je yang tak ada. Diorang pulak yang lebih-lebih tolong buatkan account Twitter kat aku. Tolong register nama and password. Ada lah 2 hari aku aktif, lepastu. Malas dah.

Tapi, recently aku masuk satu kelas yang amatlah boring and aku start download application Twitter kat Playstore. aku mula tukar profile picture and follow menfollow Yeah! Finally, I got twitter OFFICIALLY. Hahahaa..media social apa yang tak best. Bagi aku lah, student macam aku kena ada media social untuk hilangkan boring masa dalam kelas. Bukan lah maksudnya kau tak dengar langsung apa yang lecturer tu cakap. Kalau rasa mengantok tu, tak salah kot nak scroll sikit-sikit. Hahaa..Thank you Twitter!

 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

Tuesday, September 23, 2014

Kayla Itsines - Inspirasi Bentuk Badan Ideal

Assalamualaikum

Siapa yang tak nak bentuk badan cantik? Cuba bagitahu aku. Semua orang nak kot. Hinggakan ada yang sampai ambik pil kurus yang kadang-kadang tak ada kelulusan KKM. Nak kurus punya pasal. Aku ni nak cakap kurus, tak lah. Dah, stop mengarut.

Aku nak buat review pasal Kayla Itsines. Apa Kayla Itsines doe? Hahahaaa,,,,Kayla Itsines adalah just gadis biasa dari Australia. Kayla sekarang ni dah jadi idola semua perempuan kat luar sana yang nak dapatkan bentuk badan idaman diorang. Okeh. lets start!

Kayla Itsines ni aku start kenal sebab aku follow Tiffany Alvord (youtube celebrity cover). Tiffany banyak upload gambar tengah workout and then tag Kayla Itsines. Okeh, Kayla adalah seorang Personal Body Trainer yang sangat berpengalaman. Aku pun ada jugak tengok testimoni dari clients dia. Banyak dari diorang yang berjaya dapatkan badan idaman diorang dalam masa 2 bulan paling lama and 2 minggu paling cepat. Awesome seyh!


 Siapa yang aktif berinstagram tu, boleh la Follow dia @Kayla_Itsines. Dia banyak share video workout dia yang kita sendiri pon boleh buat dekat rumah. Dia pon ada share quotes yang boleh menaikkan semangat korang membara dengan marak dan ada jugak dia share feedback dari client dia. Sampai sekarang aku adore Kayla ni.

 (Sapa tak nak badan macam ni. Perfect!)


Ini salahsatu feedback yang sempat aku print screen. Nak cantik bukan senang, kena usaha lebih sikit. Lupa pulak nak mention. Most of Kayla's clients yang duduk luar dari Australia macam Singapore ke Malaysia ke boleh beli E-book dia yang berharga $69.97 (RM 202.31) untuk full workout day by day.


Gambar di atas telah aku kepilkan untuk santapan korang. Siapa yang ada effort nak badan cantik macam Kayla. Boleh la go to her website ( Kayla Itsines ). Dia ada bagi Free Bikini Body Tips tau. Kalau nak, boleh la fill in your email and nanti dia akan share Cara Pemakanan yang betul, Free Tips untuk kuruskan bahagian perut, lengan, betis and banyak lagi la dan macam-macam lagi tips kesihatan.

 
Mesti ramai yang macam. ' Alah, mahal gila e-Book dia.' Okey takpe. Kayla was a nice person actually. Dia nak semua orang dapat capai impian diorang nak dapatkan badan macam dia. So here, dia ada sediakan Free Week Workouts. Dowload and print out. Buat la petang-petang or time tengah free tu. Tapi, E-book yang free ni jangan pulak korang harap complete macam E-book berbayar.

-Review Ended-
 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

Saturday, September 20, 2014

Birthday Celebration for ILI


Assalamualaikum


Untuk pengetahuan awal, aku dah 3 semester kat UUM. Adatlah kalau 'Siapa birthday lepas ni? Siap lah kau!'(Sambil gelak konghajo). Next birtday adalah kawan aku sorang ni. Tapi, cuti semester pulak masa tu. So, jangan pikir kitorang tak kan buat Belated Birthday Prank. Prank ada di mana-mana. So, plan berjalan dengan rancangan yang kelam kabut melalui group whatsapp yang diberi nama 'BIRTHDAY PRANK ILI'. Segala rancangan akan diutarakan dalam whatsapp group tersebut(Nampak tak betapa dasyatnya teknologi menguasai manusia sekarang ni?)

Birthday girl

Walaubagaimanapun, sangat sedih sebab aku tak berapa nak faham dengan plan yang diplan sebab data internet aku dah mati and kredit aku dah expired nak call. Kenapa aku begitu beriya-iya? Kerana aku adalah minah yang kena bawak budak yang diprank ke sana dan sini lepastu ke sana balik untuk bagi 4 orang lagi dalang untuk bersiap-sedia. Balik je kelas pukul 4 tu, memang tulah masa yang ditunggu. 

Aku boleh pulak terlupa yang prank pukul 4, aku ajak lah ILI ni pegi minum kejap dekat cafe. On the way tu, aku check henpon, ada misscall dari salah seorang dalang. Baru lah aku teringat. Aku terpaksa batalkan rancangan untuk minum. Tup...tup. Si dalang ni call balik kata dalang lagi satu yang beli bahan prank tak balik lagi. Dia orang boleh suruh aku merayau lagi bawak mangsa. Aku pon ajak lah si mangsa ni pergi minum balik. Punya lah marah ILI ni sebab cakap macam "Innadey"

Habis minum, Aku naik bilik. Masa tu prank dijalankan. Kitorang up-to-date okay. prank tak pakai telur, kunyit bagai. Tapi, Ice bucket Prank. Baik punya. Tak nak main kotor laa. Lepastu, sama-sama bersihkan air yang bertakung dekat lantai sebab pandai-pandai prank orang dekat luar bilik. Tak memasal. 

Lepas mandi bagai, kami berangkat ke steamboat area Bukit Kayu Hitam. Macam-macam ado!

 This one is Cikin, Pengambil bahan mentah steambot terbanyak. Lepas tu tak habis. Bila tanya siapa yang ambik banyak sangat. Tak mengaku. Hahaha,,ni lah orang nya.

 Yang ni Keknis. Tukang masak berkaliber. dia masak aku makan. Acah-acah mak bagi anak makan.Wahahaa(Gelak Over)

 Hidangan yang disediakan. Daging, Ayam, Ikan, sotong, sosej and macam-macam lagi

Sesi memasak jadi boring bila dah lapar sangat.

Selepas kenyang makan. Shopping coklat pulak kat The Zone(Kawasan Bebas Cukai)




Happy Birthday ILI !
 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

Thursday, September 4, 2014

Cara Mengatasi senggugut Paling Berkesan


Assalamualaikum...

Siapa sini yang menghadapi masalah senggugut? Kita sama. Sep sikit! Okey, Aku kalau senggugut ada masa tu teruk sampai tak tahan. So, dengan kecanggihan teknologi yang ada, aku pon Google, Google dan terus Google. Jumpa, memang banyak kalau tengok dekat blog. Tapi, bila aku try satu-satu solution. Satu je yang paling efektif kat perut aku. apa dia....


  • TUAM AIR PANAS DEKAT BAHAGIAN PERUT AND ARI-ARI
  1. Botol kosong yang tidak cair bila kita letak air panas. Kalau aku guna botol F&N tu je..
  2. didihkan air panas. Tapi, jangan pandai2 letak air panas satu botol pulak. Tak memasal perut melacur satgi. Agak-agak la masa bubuh air panas tu, lepastu masukkan sikit air sejuk.
  3. And then, tuam lah dekat perut. golek-golekkan dekat perut sampai elok. 
  4. In case, senggugut tak elok jugak sampai sejuk air tuaman tadi. Jangan malas! Pergi balik didihkan air and bagi dia panas balik. Tuam balik sampai sihat.
Selalunya kalau aku tuam, dalam 15 - 20 minit dah sihat walafiat dah. dah boleh berlari. ccehhh..

Ada satu lagi solution, rajin-rajin la bersukan. main bola jaring ke, jogging ke, apa-apa je lahhh..ni untuk yang rajinlahh.. sebab daripada pengalaman aku, kalau aktif bersukan tak ada masalah senggugut.

Kesahnya, dulu masa dekat matrik aku rajin bersukan, main tenis. Setiap hari aku turun beriadah. Seriously, memang tak ada langsung senggugut. Tapi, sejak masuk Uni. aku dah stop bersukan sebab tak ada geng. So, datang balik la senggugut tu. Pity me.

Okey, itu je lah yang aku dapat tolong sesama kita. Good Luck



 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png

Wednesday, September 3, 2014

perkahwinan abu sambil vacation !

Assalamualaikum...

Hari ni terasa rajin nak berceritaa panjang sebab aku tersangatlah boring tahap ngak bisa tahan. Okehhh...aku nak cerita pasal #throwback pada tarikh 8/8/2014 - 10/8/2014. Yes, tarikh yg paling awesome, fantastic OMG !!

Alkisahnya, salah seorang dari kawan sekelas matrikulasi aku nak kawin. Alhamdulillah, jodoh kau dah sampai. Cerita pasa
Matrik ni. aku dulu budak KMS budak account kelas A1T7(Siapa yg baca entry ni sama kelas dengan aku. Sep sikit!) Weeee...so, walaupun dah setahu  meninggalkan matrik. Persahabatan kami masih utuh beb. Setiap sem break mesti jumpa. Untuk sem break kali ni, member kami kawin pula kebetulan pulak(pengantin lelaki). Bincang punya bincang, kata sepakat diambil. Kami berangkat ke terengganu seramai 9 orang(semua classmates).

8/8/2014
Kami berangkat, booking hotel bagai. Dapatlah hotel yg dekat dengan rumah pengantin.15 minit je dr hotel ke rumah pengantin. Selalunya, KL ke terengganu 5-6 jam je. Disebabkan kami budak lagi still 20's so it's take about 9 hours..wahahhaaa..punggung aku dah pijar seyhhh. Sabar je lahhh...akhirnya sampai...malam tu, after maghrib. Kitorang siap2 untuk makan. Seafood of course !! This is terengganu!




9/9/2014
Tiba lah masa untuk ke majlis persandingan si Abu ni. Lepas makan2, tangkap2 gambar, posing2 sikit dengan pengantin.

Selamat Pengantin Baru Abu and Efa!

 Ambik gambar ala-ala havoc sikit. tak payah formal sangat laaa...




 besok nak balik dah, bila nak pegi pantai kan? Kitorang decide nak pergi hari ni jugak. Time tu dah nak pukul 3 dah, Pulau Kapas jelah yang laing dekat kalau nak banding dengan pulau lain. We're want hoping island so bad. Tapi, kat sana tak ada hoping island. Tapi ada ....snorkelling !!!! Yehaaa..gumbiraa ana..sebab ana tak pernah snorkelling.hehehee.bestnyaa Pulau Kapas, aku boleh pijak kot coral kat bawah laut tu. Sebab excited sangat, aku terpijak 10 duri landak laut. Sakit dia jangan cakap laaa,,,sakit weyyy..malam tu macam biasala, makan then lepak2 kejap. Lepastu pengantin turun lepak sekali and belanja karaokee...nyanyi  tak hingatt la kitorang.


Aku baru tahu yang aku ni mabuk laut tapi belum tahap muntah lahh..pakcik bawak bot ni memang laju betul dia bawak. dah pening dah kepala aku. adalah 15 minit nak sampai ke Pulau Kapas.

 Euwww,,gamat! entah mana jumpa. aku nak jugak selfie dengan gamat. lembik and melekit!

 Wefie kami di tepi Pulau Kapas, masa ni kitorang dah puas snorkelling kat tengah laut. then, brader bot tu drop kitorang kat tepi pantai sebab brader tu nak pegi ambik orang lain pulak.


First time! aku ternampak bola tampar yang agak sedih keadaannya. tapi, angin still ada. and kami bermain dengan happy dan gumbiraa..weee!

Ni antara typical posing semua orang kot. ade 20 gambar, tapi yang ni paling havoc antara semua gambar.

Okey, nak balik dah! kitorang tak naik bot pening masa balik. sebab kitorang request 3 jam lebih daripada 2 jam sepatutnya, bot pening dah tak beroperasi. havoc seyhh bot yg nie. terlambung-lambung.Siap mandi air masin lagi tu...


10/9/2014
Sedihhh,,nak balik dah. Pukul 12.00pm kami pon check out. keropok lelekor dan sata benda wajib kena beli before balik. Sebelun meninggalkan negeri Terengganu kami singgah la kejap di Masjid Kristal dan balik...


Begitulah ceritanyaaa...sekian terima kasih. nak vacation lagiiii...

Wednesday, April 23, 2014

Shiseido Mask Harga Borong, 70sen/pcs

Assalamualaikum....




Di sini terdapat jualan Shiseido Mask dengan harga borong iaitu 70sen/pcs.
Hak membeli hak anda, ambiklah berapa keping pon, harga masih 70sen EXCLUDE POSTAGE.

HOW TO USE SHISEIDO MASK, LIPS MASK AND EYE MASK



















AVAILABE STOCK :
-Black mask
-White mask
- Naturgo mask.
- Eye mask
-Lips mask

HARGA (EXCLUDE POSTAGE)
- RM0.70 / PCS
- RM35 / 50PCS
- RM60 / 100PCS
-COD AREA UUM SINTOK, KEDAH.

UNTUK ORDER, TEXT/WHATSAPP 0173355178 (IKA)
FOR DETAILS, U MAY DROP YOUR COMMENT BELOW
AND FOLLOW MY INSTAGRAM @shiseido_mask_bestprice

 photo 53577D6753C548B17E09CDB9DA2A4A9C.png